Posts

Showing posts from July, 2024

Episod 14 - Kasih di Bumi China

Kami selesaikan semua urusan rasmi kami di China tepat jam 1 petang dan kami bergegas ke lapangan terbang sebab kami perlu check in jam 3 petang. Selepas check in luggages, kami makan dahulu bersama dengan Harry. Lagi seorang insan di China yang aku akan tinggalkan bersama-sama kenangan selama 10 hari di China. "Everyone, I need to go fetch my train because my ticket is at 3PM." Aku tengok jam pukul 2.30 petang! "Eh Harry! You are late! You need to go now!" "Yes yes. But I unwilling to leave you all..." Waktu ni aku dah mula sebak. Harry, walaupun dia tak serapat aku dengan Mika tapi dia ada significant moment yang aku sentiasa rasa selamat dengan dia. Harry lambai ke arah kami. Mata dia dah merah. Aku terus menangis di situ dan dia pun menangis. Aku menangis sebab aku tahu lepas ni aku akan jumpa Mika dan Harry versi yang lain. Bukan versi 10 hari di China ini. Aku kena admit kenyataan itu tapi buat masa sekarang, aku in denial. Aku menangis yang tiada si...

Episod 13 - Kasih di Bumi China

Kami berlari sekuat hati dengan luggages yang semuanya besar-besar belaka. Tapi luggage aku yang paling besar sekali. Aku dahlah pakai mask, lupa nak buka, belum makan lagi. Macam nak mati dah rasa. Tiba sahaja di coach yang Mika bawa, kami nampak Harry terpinga-pinga di pintu coach. Tangan dia penuh dengan plastik air dan makanan. Akhirnya kami dapat masuk pun coach! Kami pun carilah seat masing-masing. Tapi aneh. Tempat duduk kami semua dah penuh dengan orang. Disebabkan tak nak sesak di ruang tengah, kami pergi ke ruang depan pintu. Harry dengan Mikail bertekak sesama sendiri. Aku dapat agak salah coach tapi aku diam sahaja sebab dah penat sangat. Perjalanan pulang ke Beijing ambil masa 2 jam. Takkan nak berdiri sahaja selama 2 jam. "Everyone, we are in the wrong coach. Sorry sorry. We will move to another coach after the train stop at the next station. We need to go out first as this coach is not the same joint with our coach. We will go to the nearest coach that same joint th...

Episode 12 - Kasih di Bumi China

"Cantik." Aku tak tahulah aku terlalu dalam mood angau ke apa sampai semua benda yang didengari indah-indah belaka. Nak pastikan apa yang aku dengar itu betul, "What? What were you saying just now Mika?" "I didn't say anything." Mika jawab. "Wooo, cantik....." Aku pusing belakang, mencari pemilik suara berkenaan. Oh, clique aku. "He said you cantik. Wooooo." So! Betullah apa aku dengar! "Can you say it again Mika?!" "What?" "You said I cantik just now!" "No." "Yes!" Mika diam sambil scroll gambar entah apa dalam phone dia. "Tak nak share sudah!" Terus aku pergi ke tempat lain. Lantaklah Mika! Tak nak share tak apa. Aku bawa diri ke satu tempat yang boleh aku ootd, tapi itulah, orang yang selalu ambil gambar aku hari ini, aku sedang jalankan mogok. Menyesal pula. Aku mintalah tolong orang yang lalu lalang di situ. Gigih. Dalam merajuk tu, melilau juga mata aku cari dia. Dia ...

Episod 11 - Kasih di Bumi China

Selepas makan, kami pulang dengan Didi berasingan. Siapa kami? Aku dengan Mika lah... Didi aku sampai lewat. Kelihatan mereka semua masih lepak di depan hotel. Aku nampak Mikail. Tak tahu nak declare kami dah baik atau belum. Tapi bila pandang dia, kami senyum sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Malam itu, aku sedaya upaya untuk mendobi sebab keesokan harinya kami akan terus bertolak ke Beijing semula selepas waktu kerja. So tak ada masa dah nak cuci baju. Baju kotor pula banyak. Aku tak sanggup nak bawa balik pakaian busuk. Berbekalkan telekung kepala aku, berlari aku ke bilik dobi. Satu hal pasal hotel ini, aku tak tahulah nak kata kedekut ke jimat elektrik ke tapi agak-agak lah. Kalau nak tutup lampu sekalipun, janganlah ditutup lampunya di kawasan lif, dobi dan koridor hotel........ Seram mat memalam. Imagine aku ini yang bertelekung bertebangan adehhhh. Bilik dobi pula cinonet! Muat untuk 2 orang sahaja dalam satu masa, pintu pula auto buka tutup. Dalam bilik dobi itu ada satu ...

Episod 10 - Kasih di Bumi China

"Lya". Aku dengar dan aku dah kenal itu suara siapa tapi aku pepura tak dengar dan tak sahut pun. "Lya." Kali ini lagi kuat suara dia. Aku penat nak dera manusia sebab untuk apa. Bukan dia tahu pun apa aku rasa. Suka sangat bagi mix signals pada aku. Aku balas lah balik! "Ya, Mika?" "Look here." Aku pun pergilah ke tempat yang dia tunjukkan itu. Sebenarya aku tak berminat pun tapi nak jaga hati lelaki yang lupa nak jaga hati aku ini, "What is that?", aku tanyalah, responlah juga perbualan yang cuba diusahakan oleh lelaki ini. "I don't know huhu." See. Nampak tak. Aku tak tahu motif dia. Kalau minat cakap minat. Kalau tak nak, cakap tak nak. Nak kata tak pernah ada pengalaman couple, pernah kot dengan orang Malaysia! Geram aku lelaki ini lah. Tiba-tiba aku dikerumuni anak-anak dan kanak-kanak remaja yang teruja nak bergambar dengan aku. Mungkin mereka excited tengok kami dan aku sahaja yang kelihatan seperti approacable. Zh...

Episod 9 - Kasih di Bumi China

Perut masih lapar ya sebab semalam hanya makan makanan ringan. Makanan yang Mikail belikan itu aku tak dapat habiskan sebab memang aku tak boleh makan... Ditambah lagi dengan hari ni seharian Tianshan hujan. Agenda kami untuk daki gunung Tianshan menggunakan cable car, tidak kesampaian. Ingat tak waktu dia Great Wall Mutianyu. Ya, sama juga di Tianshan. Slightly hujan pun cable car tidak akan bergerak. Aku sampai main make up make up dalam bilik semata nak tunggu hujan reda. Then aku jenjalan dalam hotel, singgah bilik orang lain. Bosan sangat sangat. Tetiba dapat notification untuk get ready jam sekian sekian semua check out untuk gerak ke Tianshan Mountain seterusnya ke Zhengzhou, destinasi kerja kami seterusnya. Tapi kami belum makan dan yang paling lapar adalah aku! Aku text Mikail, "Mika, can we eat lunch first? I'm hungry... *sambil insert emoji kucing lapar*" "Yes yes sure. I'll order for you." "But don't get wrong lagi! I lapar tau! If not I...

Episod 8 - Kasih di Bumi China

Aku terus tanya macam mana boleh hilang walaupun aku dapat agak dia hilang waktu di imigresen tadi. Dia kata mungkin waktu kelam kabut check in luggages kemudian Didi aku tak sampai-sampai lagi so dia sibuk call aku non-stop sampai tak perasan letak ID dia di mana. "You dah cari betul-betul in your porch bag?" Sebab aku tahu ruangan mana yang dia selalu selit ID dia. Ya *garu kepala* dia selit sahaja! Bukan masukkan dalam dompet. Perangai lelaki memang universal ya tuan tuan puan puan. Tak ada yang berkecuali! Dia pun selongkarlah semua compartment porch bag dia. Memang tiada. Tapi firasat aku tetap mengatakan ada di ruangan yang sama yang selalu dia selit di situ. Tapi sebab nampak dia pun macam berkeras kata tiada, aku diam sahajalah. "Then, your alternative?" "I applied E-ID. This version can use up to 5 times only maximum. After 5 times, I need to use physical one. Need to do it. Haiya." Senang kan di China. Apply E-ID sahaja tanpa buat laporan polis. ...

Episod 7 - Kasih di Bumi China

Keesokan paginya, kami bertugas seperti biasa. Jumpa clients sana sini. Aku tak tahu kenapa tapi aku semakin berjauh hati dengan Mikail. Bukan sebab dia tapi lebih kepada aku. Aku upset dengan diri sendiri. Aku ini mudah sangat tersentuh, mudah sangat jatuh hati lepas itu payah nak bangun semula. Bekerja itu bekerja tapi setiap kali nampak dia mesti aku akan fikirkan dengan siapa dia bergayut telefon malam tadi. Dia? Seperti biasa. Macam tiada apa-apa berlaku. Eh mestilah! Kami bukan sesiapa pun. Kami bukan ada apa-apa hubungan pun. Aku pun tak banyak sangat cover media hari ini sebab fokus aku pada collect data dan key in data. Aku pun tak cakna sangat apa dia buat. Menghala balik ke hotel pun dia masih arrange Didi sama dengan aku. Tapi aku sibukkan diri aku dengan phone. Memang kebetulan aku banyak kerja dari Malaysia yang perlu diselesaikan segera.  Sampai sahaja hotel, mewakili semua cliques aku, aku tanya pada Harry, "Harry, can we go to night market tonight? We never been t...

Episod 6 - Kasih di Bumi China

Aku mulakan hari aku dengan senyuman sebab tidur nyenyak sangat. Turun breakfast dekat hotel, mata aku duk melilau jugalah mencari kelibat dia tapi tak nampak pula. Assume dia tak turun lagi lah. Aku duduk membelakangkan pintu masuk. Tiba-tiba aku terbau minyak wangi dia. Ceh, masih maintain cool aku itu padahal hati dah bergelodak nervous. Nervous sebab apa pun aku tak tahu tapi aku nervous nak berhadapan dengan dia pagi ini. Mungkin sebab video malam semalam yang aku terima sebelum aku tidur. Hihi. Aku perasan kemainlah dia senyum sampai ke telinga. Apa yg seronok sangat pun aku tak tahulah.  "Morning Mika!" "Morning Lya." "You look so happy today." Dia senyum sambil tunjuk a glass of Ice Americano???? "Mika, early in the morning for Ice Americano?" Dia senyum lagiiiiii sambil goyang-goyangkan kepala dia. Dia dah dapat candu dia, memang confirm energy dia melampaui normal manusia. Sekali lagi, Mikail memang suka aturkan Didi sama dengan dia. Ha...

Episod 5 - Kasih di Bumi China

Dalam kepadatan manusia di atas Great Wall itu, ada manusia yang sedang cangkung sambil pegang payung dan lihat skrin handphone nya. Ya, Mikail. Dari jauh aku tegur dia, "Mikail, what are you doing?" Dia lambai ke arah aku suruh pergi ke dia. Aku pun menonong lah pergi ke Mikail. Kalau dia tak ajak pun, memang aku akan pergi ke dia sebab hanya kami dua orang sahaja yang kenal each other di situ. Yang lain semua orang tidak dikenali. "Again, what are you doing Mikail?" "I'm watching my cats." "Huh? Your cats?" "Wait, I'll show you." Then dia beri phone dia pada aku. Disebabkan cuaca tengah terik, terpaksalah aku bawa dekat skrin phone dia ke muka aku. "Siapa taking care of your cats?" "My brother. Haish, my cat so dirty. He didn't know how to take care my cats lah." "How many of your kids?" "4 of them. Look, this is their mother. Eh, where is she? I just saw her just now. Wait (scrolling the...

Episod 4 - Kasih di Bumi China

Hari ini dijadualkan kami akan pergi ke Jinan selepas berjumpa dengan clients terakhir di Beijing. Sebelum kami bertolak ke Jinan, kami akan melawat The Great Wall Muatianyu. Janji dalam group wechat, turun jam 8.30 pagi di lobby hotel. Aku dengan roommate aku risau kami lewat, maka kami pun dengan bangganya turun awal jam 8.00 pagi! Ceh bangga sangat dah ni. Bila dah turun ke bawah...Eh? Mana semua orang? Tetiba nampak Mikail di lobby berseluar pendek dengan selipar hotelnya. Dia pun terkejut tengok kami. Aku pun tegurlah dia. "Eh, Mika. I thought we are late?" "No lah, you are too early! I said in the group we will meet up at the lobby on 9.00 am." "Eh, ye ke?" Aku pun tengoklah balik wechat group. Mamat bertuah ini send info jam 9.00 pagi itu pada jam 8.05 pagi di mana ketika itu kami sedang tergedek-gedek dalam lift angkat luggage masing-masing berat 20kg itu! Aku tak tahulah nak belasah Mikail ke apa. Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat yang t...

Episod 3 - Kasih di Bumi China

Keesokan paginya, Mikail tolong belikan breakfast untuk kami semua. Katanya, breakfast itu adalah makanan tradisional masyarakat di sana. Aku cuba telan sebab penat dia belikan. Cuma dengan keadaan tergesa-gesa kerana kami sudah lewat untuk keluar bekerja, aku tak dapat menikmati breakfast itu selayaknya. Sedih! Penat Mikail belikan... Kami naik Didi yang sama. Aku perlukan dia dalam kereta sebab macam aku cakap, he's giving a vibe where I feel secured. Agak janggal dengan suasana baharu. Aku sebagai team media, terus menjalankan tugas aku. Klik sana klik sini. Aku juga ditugaskan sebagai admin dan dokumentasi. Apa-apa dokumen yang masuk, perlu ditapis oleh aku dahulu. Mikail juga peranannya sama seperti aku. Maka kami selalu bergerak seiring. Tiba-tiba, "You want some coffee? Latte or what?" "Eh, we just had breakfast lah." "Nevermind, you want latte?" "Yes sure! Thank you Mika!" Dia beilkan coffee untuk semua orang tapi orang pertama dia ta...