Episode 12 - Kasih di Bumi China
"Cantik."
Aku tak tahulah aku terlalu dalam mood angau ke apa sampai semua benda yang didengari indah-indah belaka. Nak pastikan apa yang aku dengar itu betul, "What? What were you saying just now Mika?"
"I didn't say anything." Mika jawab.
"Wooo, cantik....." Aku pusing belakang, mencari pemilik suara berkenaan. Oh, clique aku. "He said you cantik. Wooooo."
So! Betullah apa aku dengar!
"Can you say it again Mika?!"
"What?"
"You said I cantik just now!"
"No."
"Yes!"
Mika diam sambil scroll gambar entah apa dalam phone dia. "Tak nak share sudah!" Terus aku pergi ke tempat lain. Lantaklah Mika! Tak nak share tak apa. Aku bawa diri ke satu tempat yang boleh aku ootd, tapi itulah, orang yang selalu ambil gambar aku hari ini, aku sedang jalankan mogok. Menyesal pula. Aku mintalah tolong orang yang lalu lalang di situ.
Gigih.
Dalam merajuk tu, melilau juga mata aku cari dia. Dia sibuk melayan phone dia dan kadang-kadang dia tolong ambilkan gambar cliques aku yang lain.
Berpeluh jugalah ke sana ke mari. Waktu aku sibuk meraba dalam bag untuk mencari kipas angin, ada orang siku aku. Tapi aku tak payah tengok siapa gerangan orang itu pun aku dah tahu. Mika.
"Yes, what?"
Dia hulurkan handphone dia. Dengan keadaan cuaca terik begitu, Mika ni aku rasa nak smackdown ja. Manalah aku nampak skrin phone dia tu. Yih! Aku cover lah guna tangan aku supaya dapat tengok bebetul.
Gambar yang Mika tunjuk tu... Gambar kami makan barbaque semalam. Gambar tu aku tengah tunduk pandang phone sambil senyum.
Oh. Okay............
Semalam aku tunduk pandang phone sambil senyum selepas aku ambil gambar untuk test air sama ada Mika fokus atau tidak dengan phone dia dan rupanya dia tak fokus sebab dia buat peace dalam gambar aku ambil itu.
Dia ambil gambar waktu itu. Huhu.
Aku rasa muka aku merah padam sekarang ni.
"Oh you take the photo."
Seperti biasa, Mikail memang tak suka iyakan atau menidakkan apa yang aku cakap.
Lepas itu kami awkward hahahahahaha. Sebab dedua pun tak tahu nak react macam mana.
Dia bagi banyak signals kan? Ke aku tak faham signals jenis apa dia bagi? Haha.
Waktu dalam Didi on the way ke bullet train station, aku dapat text dari dia. Dia send gambar yang dia ambil curi-curi waktu meeting tadi.
Cantik pula aku tengok diri sendiri. Hahahahaha.
"Eh, one only? I thought many."
Dia reply emoji bear *No*.
"Alaaaa, you take many photos of me kannnn. Share lah the resttttt."
Dia tak respon text aku. Siot betul.
Setibanya kami di bullet train station, luggages kami dari hotel pula delayed. So kami semua lepak tunggu di luar. Bersepah-sepah semua dengan gaya menunggu masing-masing.
Aku dengan Mikail berborak banyak perkara. Aku tanya pasal keluarga dia semua. Aku bagi tahulah yang aku akan pergi ke China lagi tahun ni. Then aku tanya apa tips nak survive kat tempat aku nak pergi tu. Nak tahu Mikail jawab apa?
"You ask wrong person. If you ask me where to go the best cafe at Selangor, then I will tell you."
Pergh mamat ni. Dia lagi Malaysian dari aku yang Malaysian. Sebab aku bukan jenis merata berjalan. Hidup aku adalah rumah. Hihi.
"Lya. I will go back early tomorrow. Before lunch, I need to rush to bullet train station. I will go back to my hometown for 4 days."
Tersentak aku dengan info baru ni. Aku sebenarnya mood dah nak tak ada tapi tahankan juga emosi kacau ni.
"So you will not send us back to Malaysia tomorrow."
"Yes. But I will help you all in meeting clients beforehand tomorrow. And, I will go back to Malaysia after I spend time at my hometown."
"When is it?"
"After 4 days."
"Oh, okay."
Tapi dalam hati aku dah meruntun habis dah ni. Aku punyalah excited imagine macam kuch kuch ho ta hai bagai nak lambai dia sebelum balik. Disebabkan mood swing aku (mood aku tak swing pun, muka aku ni canvas hidup, memang tak boleh sorok emosi), aku cuba senyum tapi buruk betul.
Kebetulan Mikail mencangkung depan aku, aku pula duduk atas bangku berhadapan dengan dia, so aku tak boleh nak lari mana sebab nanti obvious sangat aku nak mengelak. So aku pun pura-pura lah join conversation dengan cliques aku yang kebetulan waktu itu tengah rancak berborak.
Tapi tanpa aku sedar, Mikail pandang sahaja aku seperti ada ayat yang tak terluah lagi.
Waktu nak check in, Mikail pesan supaya pergi dahulu dan confirmkan banyak kali dengan aku coach mana yang perlu kami pergi sebab dia nak cari Harry. Harry hilang dari radar sebab dia kata nak beli barang.
Aku pula bersungguh-sungguh yakinkan Mikail yang aku tahu sebab dah beberapa kali naik bullet train di China, aku dah mahir siket baca tiket dan coach.
Turun sahaja escalator, train pun sampai. Apa lagi, berlari lah aku sambil lead cliques aku yang lain. Bullet train ni interval time dia singkat. 3 minit sahaja so kami kena bergerak pantas. Tiba sahaja di coach kami, kepala aku melilau cari kelibat Mikail dan Harry.
Dalam masa yang sama, aku rasa handphone aku berbunyi tapi aku ignore sebab tak sempat nak tengok dan angkat since kami dah kesuntukan masa. Mikail dan Harry masih tak kelihatan.
Tiba-tiba aku nampak kepala Mikail. Melompat-lompat aku sambil lambai tangan ke arah Mikail. Leganya hati aku!
Mikail muka dia gelisah betul sambil calling seseorang di handphone dia. Mikail bergerak laju ke arah aku, mungkin sebab kami dah lambat sangat.
Belum sempat aku tegur dia...
"Lya! Do you know you are at the wrong coach?! I call you to ask where have you been! Why you didn't take my call?!"
Aku terdiam wey. Nak menangis dekat situ juga.
"Now, follow me!"
Mika...
Comments