Episod 7 - Kasih di Bumi China
Keesokan paginya, kami bertugas seperti biasa. Jumpa clients sana sini. Aku tak tahu kenapa tapi aku semakin berjauh hati dengan Mikail. Bukan sebab dia tapi lebih kepada aku. Aku upset dengan diri sendiri. Aku ini mudah sangat tersentuh, mudah sangat jatuh hati lepas itu payah nak bangun semula.
Bekerja itu bekerja tapi setiap kali nampak dia mesti aku akan fikirkan dengan siapa dia bergayut telefon malam tadi.
Dia?
Seperti biasa. Macam tiada apa-apa berlaku. Eh mestilah! Kami bukan sesiapa pun. Kami bukan ada apa-apa hubungan pun.
Aku pun tak banyak sangat cover media hari ini sebab fokus aku pada collect data dan key in data. Aku pun tak cakna sangat apa dia buat. Menghala balik ke hotel pun dia masih arrange Didi sama dengan aku. Tapi aku sibukkan diri aku dengan phone. Memang kebetulan aku banyak kerja dari Malaysia yang perlu diselesaikan segera.
Sampai sahaja hotel, mewakili semua cliques aku, aku tanya pada Harry, "Harry, can we go to night market tonight? We never been to any place yet since we arrive in China. Can?...." Aku tak perasan Mikail ada di situ waktu aku tanya soalan itu pada Harry. Nampak Harry macam terkesima aku tanya soalan pada dia. Yelah, selalunya apa-apa aku akan tanya pada Mikail. Aku tersenyum tengok gelagat Harry. Comel gila. Harry ni kekadang dia serius. Kekadang dia handsome. Kekadang dia blur blur. Tapi selalunya dia serabut hahahahahahaha.
"In Jinan, it's hard to find a good place to go." Mikail tiba-tiba menyampuk. Aku bukan tanya dia pun. Entahlah, datang mood swing aku, memang aku rasa menyampah semua benda. Selama ini aku yang terhegeh-hegeh pada dia. Kali ini aku nak jual mahal. Kau nak, datang. Kalau tak nak, buat cara tak nak.
Aku pandang Mikail, "Why it's hard? I only want to go night market to buy some souvenirs." Aku rasa nada aku kasar sedikit sebab Mikail macam tersentak. Dia pandang Harry. Aku tak tahu signal telepati apa dia bagi pada Harry. Harry jawab soalan aku, "Yes yes we can. Later I will share the info. We go around 7 PM today. Okay? Okay everyone?" Semua cliques aku gembira tak terkata. Yelah, kami bekerja non-stop sampai ada yang mula tak sihat.
Mikail masih ya, masih mengaturkan aku untuk sama Didi dengan dia. Clique aku cuba selidik latar belakang dia lagi. Hati tengah kata benci kan? Tapi telinga masih sebesar kuali untuk dengar perbualan mereka berdua. Aku lebih banyak berdiam diri. Mulut ini memang gatal gila nak tanya soalan tapi ego melangit!
Cumanya, aku ini macam perangai kucing. Setibanya kami di night market, perangai aku tukar totally jadi kucing parsi ya. Sentiasa melekat dengan Mikail... Nak tahu sebab apa? Sebab dia besar tinggi. So bila jalan di dalam kesesakan lautan manusia itu, mudah. Dia pembuka jalan untuk aku. Aku tak beli barang apa-apa sebab tak berkenan. Mikail pula dah macam penjual di night market. Eh dialah yang tukang tawar menawar. Dia lah tukang suggest itu suggest ini.
Aku pula dah mula bosan so aku jalan sorang-sorang. Tekak aku rasa nak makan ice cream tapi itulah tak tahu mana yang halal. So aku tanyalah Harry sebab si Mikail itu busy lain macam. "Harry! Do you know, which ice cream that we can eat?" "Why? You want ice cream??" "Yes...." Aku tak tahu kenapa mood aku nak bermanja dengan Harry datang hahahahaha. Harry ini macam macam seorang crush yang sanggup tunaikan apa sahaja kau nak. Dan kalau kau bercerita dengan dia, dia akan bagi sepenuh perhatian pada kau.
"Hurm, Lya. I don't think we can eat anything here. No halal food here." Aku tak adalah mengada nak sangat ice cream. Tapi aku dalam minggu hormon tak stabil hahahahahahahahaha. Makanya semua makanan aku nampak sedap dan mengidam. Aku mungkin tertarik muka so Harry dah gelabah. Suka pula sakat Harry ini. "Don't worry Harry. After back to Malaysia, I can eat." Tapi Harry macam tak puas hati cuma dia anggukkan sahaja. Huhuhu. Kalaulah Mikail attentive macam ini...
Ralit aku tengok kedai demi kedai, aku bau minyak wangi dia. Aku toleh kanan, oh dia di sebelah aku! Mungkin dia perasan aku jalan semakin jauh dari mereka semua. Aku pula diam sahaja. Mikail yang tanya pada aku, "Lya, you didn't buy anything?" "No, I tak minat anything here." "Oh, okay."
Aku ingatkan dia nak bla dari situ tapi bila aku bergerak, dia bergerak. Bila aku berhenti jalan, dia pun berhenti jalan.
Faham tak perasaan aku? Aku ini one sided love ke atau Mikail rasa sama seperti apa yang aku rasa?
Dan masih! Masih dia aturkan Didi yang sama dengan dia untuk balik semula ke hotel...
Mikail, can you stop confusing me by giving foul signals?! Malam itu aku punya overthinking sampai terngiang-ngiang dan terbawa dalam mimpi.
Planinng keesokan paginya adalah pergi ke Taishan untuk mendaki gunung Taishan. Tapi sebelum itu, kami akan berhenti lawat Confucius Temple dan Confucius Muzium.
Dari hotel Jinan nak ke stesen bullet train, Mikail arrange kan Didi untuk semua. Sampailah tinggal aku, Mikail dan lagi 2 orang cliques aku. Aku faham, jelas dan nyata tujuan dia sebenar adalah untuk naik Didi berdua dengan aku. Sebab yang tinggal berempat. Bag semua besar-besar. So memang maksimum 2 orang satu kereta.
Tapi aku pula cerdik! Tinggalkan Mika seorang naik Didi seorang dan aku naik dengan 2 orang cliques aku tadi.
Dari sini permulaan segalanya untuk situasi lebih jelas antara aku dengan Mikail. Wah, bunyi serius! Hahahahahaha.
Kan aku naik Didi dengan cliques aku yang lain while sepatutnya Mikail dah arrange cantik untuk aku naik Didi sama dengan dia. "Okay Mika. I will ride the same Didi with them tau. Can you ride the Didi by yourself?"
Sumpahlah aku tak tipu. Muka Mikail sangat sangat sangat ketara berubahnya. "Oh.....okay okay." Gugup gagap ya suara dia. Sepertinya dia tak sangka aku akan naik Didi dengan orang lain dan bukan dengan dia. Dia macam dah atur semua elok naik Didi dengan siapa siapa supaya aku akan naik Didi dengan dia.
Lya, awak kejam.........Tapi siapa suruh selalu bagi mix signals pada aku!
Tapi dalam terkesimanya Mikail, dia masih berusaha untuk bercakap, "I have sent the maps to the wechat group. I've paid them also. Anything just call me, okay?" Muka dia sangat gelisah dan merisaukan. Chill Mika.... We are 3 people in the car.
Padahal kami gerak dulu tapi Mikail yang sampai dahulu.
So dia call aku non stop. Lepas dia call, Harry pula call. Dedua tak menyabar! Geram pula aku. "Ya ya ya Mikail. I want to check in luggage. Where are you?" Sambil tu aku terpusing pusing cari Mikail dan Harry. Oh! Upin dan Ipin itu melompat-lompat melambai aku. Punyalah risau kami hilang lagi, Mikail berjalan di belakang aku sebab aku paling belakang sekali.
Setibanya kami di satu lokasi (aku lupa nama), kami pitstop di situ sebab nak lawat Conficus punya tempat. So waktu nak lepas dari imigresen, dia tercari-cari ID dia. Aku dah lepas so aku tunggulah dia. Cari punya cari, dia tak jumpa ID dia. Mikail minta aku gerak dahulu tapi tidaklah aku gerak dahulu tinggalkan dia terkial-kial tu.
Aku nampak dia keluarkan passport tapi aku tak nak tanya lebih sebab muka dia dah nampak serabut. Kami berjalan tolak bag beriringan menuju ke lokasi penyimpanan luggages. Asalnya aku nak jalan sesama dengan cliques aku tapi..."Why you want to walk direct under the sunlight? Take this pathway."
Then dia tanya aku, "Lya, if in Malaysia, how the process if you lost your ID?" "Huh? It depends on where you apply to redo your ID after you lodge police report. Sometimes it will take only 1 day, sometimes 3 days. It depends. Why?" "Nothing."
Aku rasa tak sedap hati. Aku dapat syak ID dia hilang.
Kami tolak bag ke tempat penyimpanan bag bersama-sama. Asalnya aku nak join jalan dengan cliques yang lain. Tapi..."Lya, let's walk here because it's not too sunny. There, it's very hot." Aku pula tak perasan semua itu. Panas ke tidak sebab macam jalan sahajalah. Hahahahahaha. Tapi sebab Mikail yang suruh (eceh, cari alasan!), aku follow lah dia. Letih jalan dengan dia ini, kaki dia panjang. Aku nya pula pendek. Aku terpaksa melangkah laju dan besar untuk seiring dengan dia. Bag dia berat besar tapi ringan je dia tolak.
Sesampai sahaja kami di tempat penyimpanan bag, semua sibuk ralit susun bag tau. Tiba-tiba, "Lya, there's ice cream here!" Aku cari suara yang jerit nama aku itu. Oh Harry! Dia ingat??? "Eh, Harry. You remember??" "Yes!" Muka dia alahai semangat betul. Muka bangga dapat jumpa ice cream. "But can we eat that brand?" Dia macam baru tersedar yang aku ini Muslim. Terus dia tanya tokey kedai situ. Tiba-tiba Mikail menyampuk, padahal dia tengah sibuk susun bag yang lelain tau. Eleh, sibuk sahaja. Aku memang tak ada mood nak berborak dengan dia.
"We cannot eat this brand." Macam itu sahaja dia cakap ya. Harry pula macam burung belatuk. Sebab dia bukan Muslim, Mikail lagi tahu brand sekian sekian yang boleh dimakan. Harry pula yang sedih muka dia, hampa sebab tak dapat carikan ice cream untuk aku. "Nevermind lah Harry. I didn't want to eat that much. I'm just asking. Okay?" Harry angguk perlahan sahaja.
Mikail tetiba panggil Harry. Entah apa mereka bincang. Aku duduk tepi lepas dah ambil barang-barang penting untuk dibawa. Kami bawa barang-barang yang penting sahaja untuk lawatan hari ini sebab kami akan datang sini balik untuk pick up the luggages to go to another station, Tianshou. Yang hari ini kami nak lawat kawasan dan tempat Conficus.
Aku tengok Upin dan Ipin itu serabut apa entah. Aku datang pada mereka aku tanya kenapa. Tapi dorang geleng-geleng. Aku nampak dorang pegang tiket booking safety luggages. Mood protective aku dah datang. "Meh the ticket. Let me jaga it. If you guys keep it, I don't know where it will be!" Dorang gelak dengar ayat aku. Padahal aku tengah bebel itu. Aku ambil gambar tiket itu dan letak dalam bag sling aku. "You are so clever lah Lya." Mikail puji aku tapi aku sengih senget, malas nak layan.
Kami terus bergerak ke Conficus Museum.
Sepanjang perjalanan, cliques aku semua kacau aku dengan Mikail sebab aku duduk belakang Mikail. Dia duduk sebelah pemandu di hadapan. Tempat duduk aku itu bangku sahaja sebab tak cukup seat. Maka aku memanglah tak stabil duduknya sepanjang perjalanan. Terpaksa aku peluk seat depan. Dorang gurau, "Haaa, peluk seat sahaja ya! Jangan terpeluk sekali owner seat itu!"
Aku tak tahulah Mikail ini faham ke tidak kalau cakap laju-laju tapi macam biasa lah dia bukan respon pun sebab dia pakai earbud.
Sakit pinggang aku duduk dalam van lama-lama! Setibanya di pintu masuk Conficus Museum, macam ada isu. Mikail yang turun settle kan. Tapi lama lepas itu dia datang panggil Harry. Kami semua dalam van lagi menunggu. Lama juga dorang settle kan. Kemudian Mikail masuk van, dia duduk belakang aku. Dia ceritlah isunya. Dalam masa sama dia bagitau yang ID dia hilang.
Betul tak aku kata?
Comments