Episod 13 - Kasih di Bumi China

Kami berlari sekuat hati dengan luggages yang semuanya besar-besar belaka. Tapi luggage aku yang paling besar sekali.

Aku dahlah pakai mask, lupa nak buka, belum makan lagi. Macam nak mati dah rasa.

Tiba sahaja di coach yang Mika bawa, kami nampak Harry terpinga-pinga di pintu coach. Tangan dia penuh dengan plastik air dan makanan.

Akhirnya kami dapat masuk pun coach!

Kami pun carilah seat masing-masing. Tapi aneh. Tempat duduk kami semua dah penuh dengan orang. Disebabkan tak nak sesak di ruang tengah, kami pergi ke ruang depan pintu.

Harry dengan Mikail bertekak sesama sendiri. Aku dapat agak salah coach tapi aku diam sahaja sebab dah penat sangat. Perjalanan pulang ke Beijing ambil masa 2 jam. Takkan nak berdiri sahaja selama 2 jam.

"Everyone, we are in the wrong coach. Sorry sorry. We will move to another coach after the train stop at the next station. We need to go out first as this coach is not the same joint with our coach. We will go to the nearest coach that same joint then we just go straight until we reach the right coach, okay?" Selalunya Harry yang kelam kabut tapi kali ni Harry yang bagi solution dan menenangkan kami semua.

Mikail?

Dia diam.

Aku?

Geram tapi diam.

So bila train stop sahaja the next station, sekali lagi kami berlari-lari dengan membawa luggages macam orang gila, lawan arus.

Aku hampir tersadung jatuh tapi berjaya bangun semula dan berjaya juga masuk coach nearest. Sampai sahaja coach kami yang sebenar, aku terus letak bag, letak kepala dan terus tutup mata.

Dan, aku menangis.

Yelah wey, dahlah penat tak makan dari lunch hour. Berlari pula kejar coach takut lambat. Lepas tu ingatkan dipuji sebab dah pandai cari coach, eh, kena marah. Pulak tu, dia sebenarnya yang salah tapi tak say sorry pun, especially pada aku.

Aku mogok segalanya even Harry datang tempat aku bagi makanan semua.

2 jam selepas itu, train pun hampir tiba di Beijing. 

Kami semua serentak bangun pergi ke arah pintu sebab malas nak tunggu lelama. Sementara itu, ada satu keluarga besar yang sedang sibuk bermain dengan cucu bayi mereka. Aku nak hilangkan rasa bengang aku tadi tu, aku pun join sama family tu main dengan cucu mereka.

Ralit bermain dengan bayi tu sampai aku tak perasan Mikail di sebelah aku.

Aku ignore Mikail sehabis baik. Aku tahu dia cuba nak ambil semangat nak tegur aku tapi aku buat keras, buat tak endah. Maka dia duduk bertenggek sahajalah dekat handrest kerusi di train itu.

Setiba sahaja di Beijing, kami disambut oleh suasana creepy. Sebab semua mata di situ tertumpu pada kami. Faham mereka adalah teksi yang menunggu customers tapi bila semua pandang kami macam nak makan kami, aku yang tadinya lancarkan mogok tak nak tegur Mika, secara automatiknya aku berdiri belakang dia. Mungkin dia dah biasa atau dah faham sifat aku nan satu ini, dia tak bergerak pun. Bila dia nak bergerak sekalipun, dia akan toleh belakang untuk pastikan aku ikut sekali.

Masuk sahaja teksi, semua kepenatan dan terlelap.

Bila teksi masuk ke dalam kawasan hotel, semua dah bangun dan berbisik-bisik sesama sendiri tapi tak berani nak cakap kuat-kuat. Aku cakap dalam hati, seramnya hotel dia wey! Macam mana nak cakap ek. Hotel dia sangat sangat besar tapi design lama. Bila kami masuk ke dalam lobby, ya design lama tapi teknologi semua the latest.

Aku hiraukan sense aku yang terlebih berfungsi pula malam-malam buta ni. Aku dan roomate aku menonong masuk bilik tak nak tengok kiri kanan. Haaa, kau! Serba serbi AI. Jakun kejaplah kami berdua. Tekan button itu ini. 

*bunyi notification text masuk*

Aku waktu tu ralit try and error semua button, then masuk lagi notification text. Eh, apa pula banyak-banyak text masuk memalam ni. Aku risau so aku cecepat check notification apa tu.

"Everyone, we will check out and ready at lobby by 9AM. Breakfast at level 1. See you tomorrow."

Oh, Mika bagi reminder dalam group.

Aku pun ready kan lah pakaian untuk esok. Aku ternampak ada serunding daging dengan ayam. Tetiba teringat yang Mika nak balik kampung jenguk mak dia. Idea bernas aku tetiba datang. Aku cecepat ambil phone dan text Mika.

"Mika, do you want serunding?"

Tingg!

Cepat juga mamat ni reply. Nampak sangat dia duk tatap phone dia.

"What serunding?"

"Serunding is Malay side dish during hari raya. We always eat it with pressed rice/nasi himpit or ketupat."

"Oh eat with ketupat!"

"You can eat with sticky rice also. Do you want?"

"Yes sure sure."

"You can give to your mama. Eat serunding with her."

Dia bagi emoji ja wey. Hantu emoji betul dia ni.

Malam itu semua kepenatan yang tak boleh bawa bincang, Memang tidur tak berkutik.

Esok paginya aku turun ke lobby, terus cari Mika, tak jumpa pula. Mungkin dia belum turun lagi kot.

Perut aku tetiba meragam pula so aku terpaksa naik semula ke bilik untuk melepaskan hajat yang patut. Usai sahaja aku melegakan perut, aku berlari semula ke lobby. Eh, bag aku semua dah tak ada. Aku risau serunding aku sahaja sebab tak bagi lagi pada Mika. Tadi sebelum aku berlari ke bilik, cliques aku ada remind yang mereka akan kumpulkan all the luggages at one place so that kami pergi bekerja nanti tak adalah bawa segala bag. Mereka akan lalamove to the airport as usual.

Aku jenguk ke bawah, oh semua sedang breakfast. Dan aku nampak kelibat Mika sekali di situ.

Berlari aku turun ke bawah. Entah, aku rasa masa makin suntuk untuk semua benda so kalau boleh aku nak sentiasa dekat dengan Mika hihi.

Selepas semua sudah selesai breakfast, aku terus cari luggages aku sebab nak ambil serunding yang aku dah asingkan sesiap dalam bag untuk beri pada Mika. Okay jumpa!

"Mika, this is for you. Serunding."

Muka dia biasalah, terkejut tak menyudah.

"Oh! Thank you thank you. I will eat it! If I don't know how to eat, I will text you."

"Sure sure. I will help you."

Dan dia terus masukkan serunding tu dalam bag dia. Dia sahaja yang sesiap bawa luggages dia sekali sebab dia akan terus ke train station since tiket train dia jam 12 tengahari.

Perjalanan dari hotel ke lokasi meeting kami bersama clients lebih kurang 30 minit.

Aku sibuklah merakam suasana dalam Didi sebab aku for sure akan rindukan moments ini yang tak akan berulang kembali. Aku fokuskan kamera pada Mika. Entah kena, sense aku mengatakan kami akan berjauhan.

30 minit kemudian, kami pun tiba di lokasi. 

Perkara pertama yang aku aim adalah Lankin Coffee sebab cafe ni memang selama mana kami di China, cafe ini adalah penyelamat segalanya.

"Harry, can we order Lankin Coffee."

"Yes yes sure. I can help you to order. Okay, everyone. What do you want for coffee?"

Aku bila dah bagi order aku terus tangkap Mika. Any chances yang ada aku tak akan lepaskan!

"Mika, can we take photo together?"

Dia pandang aku sambil kecikkan mata dia. Dia ni dah kenapa geram pula haku.

"Can or not? If you don't want, tak apa lah."

"Eh eh let's take photo!"

"Jual mahal sangat you ni kan?"

"What is jual mahal?"

"Berlagak."

"What is berlagak?"

"Dahlah Mika. Let's take photo first. Later I will explain to you."

Dan kami pun bergambarlah bersama. Kali ni jarak antara kami tak macam first time kami ambil gambar bersama. 

Lepas tu dia pandang aku lama. Macam dia nak cakap sesuatu, tapi tak cakap.

Waktu agihkan coffee pada semua orang pun dia macam tak fokus. Tak tak, dia tak pegang phone langsung hari ni. Coffee aku last sekali dia bagi. Itu pun lambat-lambat dia bagi. Tisu pun dia tala pada aku semua suruh simpan.

Mika tak fokus...

Waktu kami sedang bekerja pun, dia banyak diam. Bila aku halakan kamera ke arah dia, dia tahu dan dia senyum tapi tak pandang pun ke kamera. Sekali lagi, aku selfie dengan dia.

Masa pun berlalu sangat cepat. Sedang kami bermesyuarat...

"Lya!"

Waktu itu aku sedang uruskan hal-hal dokumentasi. Aku terus pergi kepada dia.

"Lya, I need to go now. I'm worried there's traffic jam. So I need to go earlier."

"Already?" Aku dah buat muka paling sedih tapi comel dah ni.

Dia pula sebersalah.

"Yes, I have to. Hurmmm, can you handle the rest?"

"I can handle the rest..."

"I will be back to Malaysia next week. We can meet later."

"Alright."

"Byebye Lya."

"Byebye Mika. Take care."

"You too take care."

Dia lambai aku sebelum hanya belakang dia sahaja yang aku nampak. Dan itu adalah sosok Mika yang terakhir kalinya aku jumpa. Sosok versi seorang Mika yang tumpuannya hanya untuk aku...

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China