Episod 14 - Kasih di Bumi China

Kami selesaikan semua urusan rasmi kami di China tepat jam 1 petang dan kami bergegas ke lapangan terbang sebab kami perlu check in jam 3 petang.

Selepas check in luggages, kami makan dahulu bersama dengan Harry.

Lagi seorang insan di China yang aku akan tinggalkan bersama-sama kenangan selama 10 hari di China.

"Everyone, I need to go fetch my train because my ticket is at 3PM."

Aku tengok jam pukul 2.30 petang!

"Eh Harry! You are late! You need to go now!"

"Yes yes. But I unwilling to leave you all..."

Waktu ni aku dah mula sebak. Harry, walaupun dia tak serapat aku dengan Mika tapi dia ada significant moment yang aku sentiasa rasa selamat dengan dia.

Harry lambai ke arah kami. Mata dia dah merah.

Aku terus menangis di situ dan dia pun menangis.

Aku menangis sebab aku tahu lepas ni aku akan jumpa Mika dan Harry versi yang lain. Bukan versi 10 hari di China ini. Aku kena admit kenyataan itu tapi buat masa sekarang, aku in denial.

Aku menangis yang tiada siapa tahu maksud di sebaliknya. Cliques aku usik aku sebab dorang confuse aku ni nak Mika ke nak Harry. Hampir 15 minit juga air mata aku mengalir tanpa henti.

Sepanjang menunggu untuk boarding, aku berbalas text dengan Mika. Mika cerita yang dia terpaksa berlari untuk kejar train dia sebab jem teruk di jalan raya. So dia sampai di station 5 minit sebelum train berlepas. Mika siap mention yang dia kena berlari laju sekali lagi hahahahahaha. Lama kami berbalas text tapi aku assume dia terlelap sebab lepas tu dia tak reply dah text aku.

Dan itu adalah text terakhir kami...

Hari ini genap 2 minggu kepulangan kami dari China.

Kami hanya berjumpa sesekali atas urusan kerja tapi tak ada sparks seperti di China. Hubungan kami sekarang bila berurusan lebih kepada urusan rasmi.

Aku cuba akur dengan keadaan.

Tapi aku masih tertanya-tanya, 10 hari kami di China tu hanya fling sementara sahaja ke? Lebih-lebih lagi di pihak Mika. Gambar-gambar dan video yang diambil semua tak dapat tipu. Reaksi dan respon spontan itu hanya lakonan atau apa.

Itu hanya Mika sahaja tahu.

Untuk bahagian aku, aku lagilah takut nak mulakan langkah. Ini kan lelaki tempatan pun aku takut nak bagi ruang, apatah lagi lelaki bukan tempatan.


Dear Mika. Thanks for being part of my memories 10 days in China. Thanks for bringing back the sparks that I have been waiting for a long time, even for a short period of time, because I nearly forget how it feels like. Thank you being my hero in my fantasy world that I have always waiting for, my Li Shang. Our memories, I keep them in my gold box of memory. Thank you Mika. And goodbye.

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China