Episod 10 - Kasih di Bumi China
"Lya".
Aku dengar dan aku dah kenal itu suara siapa tapi aku pepura tak dengar dan tak sahut pun.
"Lya." Kali ini lagi kuat suara dia. Aku penat nak dera manusia sebab untuk apa. Bukan dia tahu pun apa aku rasa. Suka sangat bagi mix signals pada aku. Aku balas lah balik!
"Ya, Mika?" "Look here." Aku pun pergilah ke tempat yang dia tunjukkan itu. Sebenarya aku tak berminat pun tapi nak jaga hati lelaki yang lupa nak jaga hati aku ini, "What is that?", aku tanyalah, responlah juga perbualan yang cuba diusahakan oleh lelaki ini.
"I don't know huhu."
See. Nampak tak. Aku tak tahu motif dia. Kalau minat cakap minat. Kalau tak nak, cakap tak nak. Nak kata tak pernah ada pengalaman couple, pernah kot dengan orang Malaysia! Geram aku lelaki ini lah.
Tiba-tiba aku dikerumuni anak-anak dan kanak-kanak remaja yang teruja nak bergambar dengan aku. Mungkin mereka excited tengok kami dan aku sahaja yang kelihatan seperti approacable. Zhengzhou ini tak ramai pelancong luar yang datang especially Muslim tourists sebab tak banyak Muslim meals/restaurants di sini.
Sibuk melayankan bebudak ini bergambar, aku tak sedar pun Mikail setia menunggu di situ. Kebiasaannya dia dah melilau ke sana ke mari dengan Harry.
Aku masih mengekalkan modus operandi aku untuk tidak melayan Mikail. Tapi dia yang sentiasa initiate all the alternatives untuk adakan interaksi dengan aku.
"Lya, sit here." Aku duduk. Aku tak bantah tak argue tak apa. Aku terus duduk tapi tak cakap apa-apa. Sebenarnya tenaga aku dah drain teruk sebab banyak guna tenaga mental. Salah lelaki sebelah aku!
Mikail cakap itu ini tapi aku dengar sahaja. Aku tak digest pun apa dia tengah borak. Tetiba Harry datang kepada kami. "We missed the show! We are supposed to have the time to watch the kungfu show but we were late 30 minutes." "Ala, really?! We cannot enter anymore meh?"
Harry terus berlari tanya petugas di situ. Mikail? Nampaklah muka dia sugul. Mungkin dia terasa yang aku layan Harry tapi tak layan dia. Aku penatlah Mika. Aku punyalah bagi perhatian pada kau sebelum ni tapi kau layan aku acuh tak acuh. Terhegeh-hegeh sangat kau buat aku tau Mika.
"Lyaaaaaaaa!" Harry ni kan, sejak dah hafal nama aku, setiap masa nak sebut nama aku. "Yes, Harry?" "We still cannot enter. The show only 1 hour." "Nevermind lah Harry. Other people also don't care. I'm the only one who is excited to watch the show hihi." "But when you come to here to watch the show..." "We can visit together later if we are still friend!" Aku sedaya upaya hype kan suasana yang sedang dull itu (thanks to lelaki sebelah aku). Harry punya senyum tu alahai, kanak-kanak riang sungguh. "Yes yes. We are friend! I forgot!" Kau ni kan Harry. Kau kaya raya tau. Kau ramai staf tau. Kau bos tau. Tapi dengan aku, kau open sangat ni yih.
Mikail? Masih berjalan beriringan dengan aku. Di mana ada aku, di situ ada Mikail. Even dalam gambar-gambar/videos yang cliques aku ambil semua nampak dia di satu sudut.
Rasakan Mikail.
Aku memang communicate dengan Harry sahaja. Balik hotel pun aku naik Didi asing dengan Mikail. Setibanya di hotel, aku sampai dulu so aku tunggu di lobi since kad hotel ada pada rommate aku. Sedang aku ralit tengok phone, aku terbau minyak wangi dia. Mikail ini, dia tak pakai perfume yang semerbak bau tau. Tapi hidung aku ini cepat tangkap bau yang aku suka. Eh.
Aku naikkan muka untuk tengok ke hadapan. Zzapp, bertentang mata terus ya. Pandangan mata dia itu macam berbunyi, 'What's wrong with you? We need to talk.' Aku balas balik percakapan telepati kami itu, 'Nothing.' Boleh bayangkan kan? Hahahahaha.
Kami naik lif sama-sama sebab semua pun tingkat yang sama. Aku ignore sahaja Mikail.
Kami jumpa semula di lobby jam 7 malam untuk makan malam secara barbeque. Masih naik Didi secara berasingan. Actually aku dah mula rasa tak sihat. Mungkin salah satu faktor aku dah malas nak layan emosi aku. Go with the flow.
Kami makan secara barbeque. Duduk kerusi yang aku surely confirm lelaki-lelaki di situ sakit kaki hahahaha. Serupa mereka bersila di bawah sahaja. Aku yang rendah ini pun letih duduk kerusi itu. Tapi konsep lepak mamak tapi meja rendah kan, layankan sahajalah. Yang lain dah sampai awal, Didi aku yang kemudian sebab aku tunggu cliques aku yang lain, lambatttt. Hahahahahaha. Lagipun aku nak larikan diri dari Mikail. Sengaja aku volunteer diri untuk tunggu cliques aku yang lambat.
Waktu aku sampai tu, aku tak tahu lagi Mikail duduk mana sebab dia tak ada di meja. Dia order makanan kot. So aku randomly duduk memana yang aku rasa aku nak duduk. Malas nak fikir Mikail duduk mana. Sedang aku sibuk berborak bergelak tawa dengan cliques aku, tetiba aku bau perfume dia. Ya wey. Aku punya masalah inilah. Kalau aku dah minat, setiap inci setiap dna pasal dia, dah registered dalam memori aku. So setiap sel dalam badan aku akan sentiasa bertindak balas. Hahahahaha.
Aku pandang dia, telepati komunikasi, 'You nak duduk mana?'. Dan dia pun respon telepati aku tu, 'I duduk hujung sini. Okay kan?' Aku kelip mata sahajalah.
Perbualan di meja memang riuh. Yelah, open space, barbeque pula. Makan non stop.
Ada satu menu tu, roti tebal. Tapi nak makan begitu sahaja memang tak sedaplah. So aku cari menu memana yang berkuah dan pedas. Aku celet begitu sahajalah. Knowing culture sana, dorang tak suka. Geli. Even kita pun pantang kan di Malaysia. Tapi menu berkuah tu memang orang lain tak sentuh sangat. So panjanglah tangan aku. Eh, tetiba ada tangan memanjang juga nak cicah. Aku pandang depan, oh Mikail. Kami kongsi makan pinggan yang sama. Rasa dah lama kami tak makan sepinggan huhuhu.
Kemudian kami bincang persediaan untuk jumpa clients esok. Bincang punya bincang, aku katalah, "Can someone help me tomorrow. Because it'll be open spacae. So I need to move fast." Harry menyampuk, "It's okay, Mikail will help you, always. He will be there for you." Aik, lain macam ayat kau ni Harry. Lepas tu senyum-senyum angkat kening sambil toleh muka ke arah Mikail sebelah dia. Oh, Harry duduk berhadapan dengan aku sebelah kanan dia Mikail.
Mikail pula reaksi dia senyum-senyum. Lelaki memang suka bagi harapan palsu atau memain ke ek hahahahahaha. Lepas tu muka aku merah padam lah. Cliques aku yang terdengar perbualan aku berdehem-dehem.
Then aku hanging kan Harry hahahahahaha. Terkedu nak respon apa. Sedang dorang berborak benda lain pula, aku capai handphone aku dan ambil gambar suasana makan reramai. Aku tak fokus pun pada sesiapa cuma nak ambil suasana yang aku akan rindu. Sungguh.
Kemudian aku belek hasil tangkapan aku. Seorang sahaja yang pandang kamera aku.
Mikail.
Aku angkat kepala aku dan pandang ke arah dia. Mikail senyum.
Apa maksud dia? Aku buat muka confuse. Aku telepati dia, 'What? Why you smile?'. Dia respon senyum sahaja wey. Angin aku hahahahaha. Aku tak suka kalau orang tak justify apa yang dia buat.
Kemudian aku ambil gambar sekali lagi tapi aku pastikan tak ada sesiapa pun yang perasan, terutamanya Mikail. Aku nak test air. Sama ada dia tu fokus sangat ke dengan phone dia dan makanan dia, atau dia tak fokus pun sebenarnya.
Aku nampak macam line clear, aku cepat-cepat ambil gambar. Dan cepat-cepat aku tengok hasil dia. Ya, dia tak fokus.
Dia buat peace dan senyum ke kamera aku.
Kali ini aku yang senyum tanpa pandang dia. Sebab aku tahu muka aku tengah merah sekarang.
Aku cuba pura-pura sibuk makan dan sebagainya tapi hati aku tengah galau. Dan lama siket, aku cuba curi-curi pandang dia. Padahal mata aku sahaja bergerak tau! Dia tengah tengok phone dia waktu ini tapi mata dia tetiba pandang ke arah aku. Aku auto senyum sambil terus aku pandang tempat lain.
Mikail, kau main api lah...
Comments