Episod 8 - Kasih di Bumi China

Aku terus tanya macam mana boleh hilang walaupun aku dapat agak dia hilang waktu di imigresen tadi. Dia kata mungkin waktu kelam kabut check in luggages kemudian Didi aku tak sampai-sampai lagi so dia sibuk call aku non-stop sampai tak perasan letak ID dia di mana. "You dah cari betul-betul in your porch bag?" Sebab aku tahu ruangan mana yang dia selalu selit ID dia. Ya *garu kepala* dia selit sahaja! Bukan masukkan dalam dompet. Perangai lelaki memang universal ya tuan tuan puan puan. Tak ada yang berkecuali!

Dia pun selongkarlah semua compartment porch bag dia. Memang tiada. Tapi firasat aku tetap mengatakan ada di ruangan yang sama yang selalu dia selit di situ. Tapi sebab nampak dia pun macam berkeras kata tiada, aku diam sahajalah.

"Then, your alternative?" "I applied E-ID. This version can use up to 5 times only maximum. After 5 times, I need to use physical one. Need to do it. Haiya." Senang kan di China. Apply E-ID sahaja tanpa buat laporan polis. Tapi logiklah. Gila kalau setiap kali hilang ID nak kena buat report polis untuk 2 billion penduduk China. Nanti kerja polis asyik lodge report sahaja macam tak ada kerja lain. Malaysia boleh tahan lagi sebab penduduk tak seramai Malaysia. Ini ikut logik aku lah hahahahhaha.

Kami pun mulakan perjalanan kami secara berjalan kaki beramai-ramai ke muzium di bawah sinaran matahari yang mencanak panasnya. Macam biasa, sebelum memulakan apa-apa aktiviti, wajib untuk melawat tandas dahulu huhu. Tapi aku tak pergi so aku melepaklah di luar. Sedang aku ralit ambil gambar pemandangan di situ, aku nampak Harry sedang berteduh di bawah pokok. Selama ini aku tak pernah ambil gambar dengan Harry. Alang-alang kami berdua sahaja, aku pun pergilah ke arah Harry.

"Harry, can we take photo together?" Harry ini aku suka sebab dia suka ke dia marah ke dia suka ekpres kan diri dia. So bila aku kata nak ambil gambar bersama, dia punya happy tu suka gila tengok. "Yes yes sure!" Comel gila Harry waktu ini sebab dia berselubung habis badan dia, nampak mata sahaja. "Harry, you not hot?" "Hot but if I take this cloth out, more hot." 

Kami sibuk berborak-borak ini, ada sosok lain sedang memerhati sambil pegang phone di bawah pokok berdekatan dengan pokok kami. Aku nampak dia di situ dari awal sebab waktu tengah selfie dengan Harry, kamera aku reflect dia sedang berdiri di belakang, tak jauh dari kedudukan kami. Aku tak nak ambil kisah dan tak nak ambil tahu. Lepas semua cliques aku selesai urusan di tandas, kami terus menuju ke muzium. 

Kami bertuah kerana timing yang kami tiba itu, ada persembahan. Berpusu-pusu semua masuk ke dewan. Kami ambil tempat bahagian depan sekali. Aku sememangnya hantu China, tak berkutik langsung. Mikail duduk di mana pun aku dah tak kisah. Sangat sangat sangat memukau ya. Aku suka China sebab utamanya adalah mereka sangat mengagungkan sejarah dan budaya mereka. 

Selesai sahaja persembahan, kami melawat di sekitar muzium. Kemudian aku terlihat ada satu kawasan yang jual stamp name. Aku memang dari dulu sukakan stamp name. Aku tenung sahaja pengukir itu ukir nama di batu jade yang sudah dibentukkan dalam bentuk segi empat panjang. Sedang aku khusyuk melihat proses pembuatan stamp name itu, "Do you want to buy it?" Ada suara yang menegur aku dari tepi. Aku toleh ke tepi, oh Harry rupanya. "Yes, but can you ask the price from him?" "Yes sure!" Tidak lama kemudian itu, "The cheapest one is 260 Yuan." Aku duk mencongak kepala, lebih kurang seratus lebih duit Malaysia. Mak aih mahai. "Aiyo, so pricey lah Harry. Don't want lah. It's okay" "Are you sure? I can ask for him to lower down the price!" Eh mamat ni kan. Aku kata takmau takmau lah hahahahahaha. Satu perangai Harry ni kan, kalau dia dah stick nak buat sesuatu, dia akan sedaya upaya akan tunaikan apa yang dia dah rancang. Aku tolak lagi untuk beli stamp name tu. Takpalah tak ada rezeki.

Ada satu bahagian, kami terpisah 2 kumpulan: satu ikut Harry dan satu lagi ikut Mikail. Aku? Aku ikut Harry hahahahahaha. Bukan apa, aku yang jalan ke hadapan dahulu dan yang lain-lain menyusul. Harry kebetulan jalan beriringan dengan aku. Mikail pula sibuk melayan cliques aku yang masih nak membeli belah cenderamata di situ. Kami jumpa semula di luar muzium. Dan aku perasan, Mikail rasa awkward dengan aku. Dia dapat rasa aku tak layan dia sangat. Aku banyak berjalan sendirian.

Dalam perjalanan nak ke bas kami, cuaca sangat sangat sangat terik. Kalau bubuh telur atas jalan, memang boleh masak. Maka kami jalan separuh jalan dan berteduh di satu tempat. Aku duduk jauh sedikit sebab sedang melayan perasaan. Aku perlu clear kan kepala aku. Dengan kerja berlambak di Malaysia dan juga di China, ditambah lagi dengan mainan perasaan/drama yang sedang berlaku di China. Eh, penatlah nak berkasih sayang ni hahahahahaha. Lelaki boleh tak, kalau ada rasa minat itu gentle siket?! Ingat kalau alih arah ke lelaki luar negara, lainlah perangai. Eh sama!

Tiba-tiba, Mikail duduk tak jauh dari aku. Memula duduk, lepas itu berdiri. Lepas itu duduk semula. Tapi kedudukannya di situ sahaja. Macam nak cakap, 'eh hello, I di sini ya. tolong beri perhatian pada I.' Aku pandang dia dengan pandangan kosong. Macam-macam aku fikir. Betul ke aku buat semua ini. Berani ke aku untuk berpasangan dengan dia yang lain bangsa dan negara. Umur dah mencecah angka 3 ini, kau dah malas nak buang masa. Orang kata aku serius sangat, cubalah follow the flow. Aku punya perancangan hidup pula, malas nak buang masa benda yang tak pasti. Banyak lagi benda aku nak uruskan dalam hidup.

Seakan-akan perasan aku tengah tengok dia, dia toleh ke arah aku dan senyum. Aku tak senyum semula sebab otak aku kosong.

Harry tiba-tiba ajak kami semua untuk bergerak sebab lagi lama lagi panas cuaca nanti. Dalam van, Mikail duduk di belakang, Harry duduk di sebelah pemandu van di hadapan. Aku masih di tempat duduk yang sama. Kali ini kami bergerak ke Conficus Temple. 

Kali ini, kami dedua pelik hahahahahha. Sebab?

Kami macam secara tetiba bersepakat untuk sentiasa berada dekat antara satu sama lain. Aku jalan jauh siket, dia cecepat jalan laju untuk berjalan sama dengan aku. Begitu juga dengan aku. Dia payungkan aku voluntarily dan aku biarkan sahaja. Cliques aku semua sakat kami tapi kami biarkan sahaja termasuklah Mikail. Dia buat loyar buruk pun aku senyumkan sahaja. Dia buat perangai kanak-kanak dia pun aku layankan sahaja. Sepertinya kami berdua cuba untuk memberikan suasana harmoni(?)

Tiba satu kawasan perumahan Conficus, ada orang cuit bahu aku. Berpusing aku cari siapa yang cuit bahu aku. Oh Harry. Eh pakcik ni. Rajin pula dia cuba berkomunikasi dengan aku lately hahahahaha. "Yes, Harry?" "This one! I found the cheapest one! Only 30 yuan!" Buntang terus mata aku. Murah wey! Hahahahahahahaha. Like sepoloh hengget sahaja! Aku boleh sahaja bayar tau tapi Harry terus pintas aku kata dia belanja aku. Bergaduh jugalah di situ rebut siapa yang nak bayar. Tanpa aku sedar, Mikail juga menyelit sebelah kami, dia tulis senyap-senyap nama dia atas kertas yang aku tulis nama aku. Huhuhu. Dia buat juga stamp name.....

Cliques aku jerit nama aku untuk masuk sama-sama di kawasan lain pula tapi aku minta jalan dahulu tanpa aku sebab stamp name aku tak siap lagi. Harry suruh Mikail jaga aku sebab dia nak join cliques aku yang lain. So aku dengan Mikail pun berjalanlah di sekitar kedai yang ada di situ. Aku nampak ada kedai yang jual kipas tulisan. Aku memang suka benda-benda cenggini hahahahaha. Dan kami bergerak serentak ya menuju ke arah kedai kipas tu. Telepati semakin kuat huhuhuhu.

Aku duk randomly sentuh satu demi satu kipas. "Lya, are you hot?" "Yes." "Do you want one?" "You belanja ke?" "Ya, take one." "Mika, can you choose one for me? Because I cannot read the words." "This one good." Uncle kedai tu cakap something dalam bahasa Cina tau. Then aku perasan Mikail senyum. Saje jelah aku tanya Mikail, "What was he saying?" "Oh, that words are good one." 

Tapi dia tak tahu, handphone aku sentiasa on google translate.

Seller itu kata, "You have good eyes. She's beautiful." Huhuhuhuhu.

Kami pun patah balik ke kedai name stamp tadi. Sebelah kedai name stamp itu ada kedai cenderamata lain tau. Auntie tu asyiklah paksa aku beli gelang lah kipas lah keychain lah. Sampai auntie tu suruh Mikail belikan untuk aku. Auntie tu kata, 'Belilah untuk kesayangan awak itu.' Macam mana aku tahu? Aku tengah pegang phone time tu wey. Kebetulan memang tengah on google translate. Aku terus angkat muka aku pandang Mikail. Dia punya gelabah tu, sampai kata tidak tidak pada auntie tu hahahahahahaha.

Tapi aku okay sahaja huhuhu.

Lama jugalah kami dua tunggu stamp name kami siap. Bila dah siap tu, uncle pi gulung stamp name aku dengan kertas yang kami tulis nama kami tu. Aku macam aih, pakcik, boleh kot pakcik kerat dua kertas tu sebab besar jugalah kertasnya. Tapi terima kasih pakcik! Sekurangnya saya ada simpanan tulisan Mikail huhuhu.

Lepas tu kami kena bambu dengan cliques yang lain sebab mengelat tak join lawatan since kami sibuk duk menunggu stamp name kami siap diukir hihihi. Masalahnya si Harry pun mengelat! Dia jadi third wheeler! Geram aku!

Kami bergegas ke station bullet train tadi untuk ambil luggages kami dan bergerak ke station seterusnya iaitu Tianshan.

Setibanya kami di Tianshan, Mikail dan Harry kelam kabut uruskan Didi kami semua sebab kereta lain hon tak berhenti, rimas aku. Sampaikan Mikail tersalah susun kami, dan akhirnya aku terpisah dari Mikail huhuhu. Kali ini aku pula terbuat muka hahahahahahahaha. Entah dia perasan atau tidak, aku tak tahu. Tapi yang pasti, dalam group wechat, dia keep on sharing the location of the hotel. Ya Mika, I know I know. So aku sama Didi dengan clique aku, kami 2 orang sahaja.

Setibanya di hotel, aku call Mika banyak kali sebab dia tak bagi info sama ada dia dah tolong bayarkan atau tidak Didi. Sebelum ni dia selalu gunakan duit dia dulu untuk bayar then kami bayar semula pada dia sebab semua melalui Didi Apps. Then uncle tu tunjukkan QR so maksudnya belum bayar lah. Clique aku bayarkan dulu sebab aku duk sibuk call lagi Mikail hahahahahah geram!

Bila tengah turunkan luggages kami semua, Mikail berlari ke lobi. "Sorry sorry, I didn't hear you calling. I was busy settle the check in process." Aku merajuk tapi aku senyum sahaja. "It's okay Mika. We paid already. I call you because I didn't know whether you've paid the Didi or not." Then aku ambil luggage aku terus masuk dalam lobi hotel. Dia still macam awkward gelabah tak tahu nak react macam mana lagi.

Rupanya kami paling last sekali tiba hotel. Yang lain semua dah sampai awal, padahal Didi kami gerak dulu tadi. Tapi mungkin route berbeza kot. Mereka kata, Harry macam cacing kepanasan susah hati sebab kami masih tak sampai-sampai lagi. Aku macam, oh, Harry sahaja ke yang susah hati kami tak sampai lagi? Mikail tak susah hati ke? Huhuhu.

Malas nak ambil pusing, aku diamkan sahaja isu yang tak patut jadi isu pun.

Malam itu, Mikail volunteer untuk orderkan makan malam kami. Di China ni, semuanya hujung jari melalui Apps. Tapi! Mikail salah order makanan untuk aku. Penatlah asyik nak terasa je ni hahahahahaha. Dia reply wechat aku dengan emoji-emoji comel dia. Ingat aku terpujuk hati lah?! Perempuan kalau lapar memang takda deh nak lembut hati tau! Aku tak reply pun text dia.

Gigihlah turun bawah tanya lobi nak beli makanan ringan. Gigihlah scan sesatu nak tahu mana satu halal. 

Mikail? Aku nak cucuk mata dia pakai garfu!

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China