Episod 5 - Kasih di Bumi China

Dalam kepadatan manusia di atas Great Wall itu, ada manusia yang sedang cangkung sambil pegang payung dan lihat skrin handphone nya. Ya, Mikail. Dari jauh aku tegur dia, "Mikail, what are you doing?"

Dia lambai ke arah aku suruh pergi ke dia. Aku pun menonong lah pergi ke Mikail. Kalau dia tak ajak pun, memang aku akan pergi ke dia sebab hanya kami dua orang sahaja yang kenal each other di situ. Yang lain semua orang tidak dikenali. "Again, what are you doing Mikail?"

"I'm watching my cats." "Huh? Your cats?" "Wait, I'll show you." Then dia beri phone dia pada aku. Disebabkan cuaca tengah terik, terpaksalah aku bawa dekat skrin phone dia ke muka aku. "Siapa taking care of your cats?" "My brother. Haish, my cat so dirty. He didn't know how to take care my cats lah." "How many of your kids?" "4 of them. Look, this is their mother. Eh, where is she? I just saw her just now. Wait (scrolling the cctv camera to find the mommy). Yes this one." Dan kami pun mencangkunglah di bawah payung yang sama dan lihat di skrin yang sama berbual topik yang sama iaitu anak-anak bulus memasing.....

Aku tak tahu berapa lama kami cangkung di situ sampai hampir kebas kaki aku hahahahaha. Yang tak menahan tu, dia payungkan aku sambil gigih bercerita pasal kucing. If only ada orang rakam moment kami berdua.....

Menghala balik jumpa lagi kucing gebu gebas. Again, aku sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kucing maka aku pun bermainlah dengan kucing itu. Aku nampak Mikail, "Mika, come here! There's a big cat here!" Kami berdua pun belailah si kucing bertuah itu. Clique aku yang super supportive itu senyum-senyum pandang aku hahahahahaha. Aku dah kata, selagi ada peluang, memang aku akan rembat. Bukan senang nak dapat peluang begini!

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke van kami untuk bergegas ke bullet train station, kami jalan berdua. "Mikail, are you okay now?" "Yes, I'm okay. I didn't take caffeine this morning, that's why I was bit under the weather." "Oh, you caffeine addict?" "Yaa, I cannot skip a day." "Bahayalah! But I also cannot live without coffee." "What flavour you like?" "Americano." "Okay bye!" Aku lari gelak-gelak. Dia pelik tapi dia kena biasakan diri. Hahahahaha. Aku berjaya korek sedikit demi sedikit tentang diri dia!

Kami kena tolak bag masing-masing dari tempat parking ke stesen lebih kurang 600 meter jauhnya. Waktu Harry passed the tickets, semua macam blur blur lagi tak reti nak baca tiket. Mana tanya, cuma nama kami sahaja yang in roman. Yang lain in pinyin. Berpinau mata aku. Aku nak tanya Mikail, seat dia dekat mana so aku acah-acah..."Mikail, how to read the ticket? I don't know which one mention my seat?" Then dia ajar aku macam mana nak baca. Hihihihi inilah masa yang sesuai untuk mulakan langkah seterusnya! "You sit where?" Rupanya dia selang satu seat dari aku belah kanan. Okaylah not bad tapi lagi bagus kalau dia sebelah aku kan...

Waktu nak lepaskan bahagian imigresen, kami semua guna passport. Si Mikail ini pula confident keluarkan passport dia. Aku terus tegur dia. "Mika! Why you guna passport? Use your ID lah!" Dia tepuk kepala dia. Punyalah lama sangat di Malaysia sampai dia lupa dia itu rakyat China! Apoooooo.

Sementara tunggu masa untuk berlepas, kami singgah makan di restoran mee tarik halal di station itu. Kali ini aku gamble untuk duduk di mana sahaja tanpa tengok Mikail duduk mana. Aku cuba kalihkan pandangan aku mana-mana asalkan bukan pandang di mana ada dia. Rupanya selama aku tak pandang/cari kelibat dia, dia sibuk cari tempat untuk pulangkan powerbank dia. Di China, kita boleh sewa powerbank di mana-mana sahaja dengan kadar sewaan yang murah dan boleh pulangkan di mana-mana sahaja asalkan dari company yang sama.

Mikail ini sentiasa battery drain sebab dia sentiasa guna phone dia. Tapi at least dia ingat untuk caj phone dia tapi bukan caj powerbank *facepalm*. Beza dengan Harry, dedua pun dia tak caj bila tidur *double facepalm*.

Sedang aku ralit pilih menu apa nak makan, tiba-tiba Mikail henyak di kerusi hadapan aku. Sedangkan banyak lagi kerusi kosong...

"Done change the powerbank?" "No...There's no same brand with this one here." "How much you gonna charged then?" "Not much but I don't want to pay more hahahaha." Lelaki always lelaki. Nak kena remind selalu.

Clique aku sorang ni gigih ambil gambar dan record video. So aku minta dia tolong ambilkan gambar aku. "Mika, look at the camera!" Dia tak pandang pun kamera tau! Tapi dia senyum...... Segan barangkali sebab semua tengah tengok kami huhu. Ini gambar kedua kami. Kan? Aku pun dah lupa.

Mee tarik dekat kedai ni sumpah sedap. Tapi macam biasa portion dia banyak sangat. Aku dah tahu tak habis tapi seganlah nak minta tolong Mikail habiskan lagi. Yang dia pula macam kebuluran setahun tak makan. Laju gila dia makan, padahal mee tu tengah panas tau. Berpeluh-peluh sambil habiskan semangkuk besar tu. "Mika, slowly eat. If not you will sakit perut." "What sakit perut?" "Auwch! My stomach!" "Eh why why??" "To show you what is sakit perut lah." 

Hahahahahaha dia pandang aku kecik besar kecik besar lagi. Seronok ya kacau dia sebab dia suka buat reaksi muka bila dia unprepared. 

Dalam train aku tak banyak nak menggatal sangat sebab dah penat, seharian wey keluar. Aku layan kejap youtube kemudian aku gone. Face mask wajib untuk dipakai! Lelagi dia duduk selang satu seat sahaja dari aku.

Tiba di Jinan, macam biasa, dia aturkan aku sama kenderaan dengan dia. Tapi aku masih dalam keadaan mamai, aku tak kisah semua itu. Tidur lagi penting untuk aku ketika itu. Sampai ke hotel, check in dan aku bersihkan diri segala, anytime boleh terbongkang, handphone aku non stop bunyi notification masuk. Tapi aku hiraukan lagi sebab aku assume for sure itu dari Harry atau Mikail untuk bagi reminder/info pergerakan keesokan hari. Aku kemaskan barang dan pakaian untuk pakai esok hari.

Waktu dah nak terlelap, aku bukalah phone untuk check text masuk. Banyak gambar-gambar dan videos yang mereka share. Ada satu text personal untuk aku. Aku bukalah. Oh gambar dan video aku terlelap dalam train tadi. Gambar aku dengan Mikail di kedai makan, mata aku pandang kamera dan senyum, Mikail tak pandang kamera tapi dia senyum.

Dan ada satu lagi video.

Video itu diambil ketika aku tengah main dengan anak kucing di bawah pokok, tengah hujan, tunggu cable car berfungsi semula, yang aku tak perasan pun Mikail juga ada di situ. Mikail rupanya perhatikan sahaja aku main dengan anak kucing itu, tanpa aku sedari. Bila aku terkejut dia ada di situ, waktu ini aku ingat dia tak perasan maka aku terus berpaling dan jalan slowly supaya dia tak perasan.

Rupanya waktu aku terus paling ke belakang dan jalan slowly itu, dia tengok sahaja aku. Tapi bila aku pusing semula nak pandang dia, dia cecepat pandang phone dia. Bila aku pandang ke depan semula, dia angkat muka dia.

Mikail perasan aku di situ...

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China