Episod 3 - Kasih di Bumi China

Keesokan paginya, Mikail tolong belikan breakfast untuk kami semua. Katanya, breakfast itu adalah makanan tradisional masyarakat di sana. Aku cuba telan sebab penat dia belikan. Cuma dengan keadaan tergesa-gesa kerana kami sudah lewat untuk keluar bekerja, aku tak dapat menikmati breakfast itu selayaknya. Sedih! Penat Mikail belikan...

Kami naik Didi yang sama. Aku perlukan dia dalam kereta sebab macam aku cakap, he's giving a vibe where I feel secured. Agak janggal dengan suasana baharu. Aku sebagai team media, terus menjalankan tugas aku. Klik sana klik sini. Aku juga ditugaskan sebagai admin dan dokumentasi. Apa-apa dokumen yang masuk, perlu ditapis oleh aku dahulu. Mikail juga peranannya sama seperti aku. Maka kami selalu bergerak seiring.

Tiba-tiba, "You want some coffee? Latte or what?" "Eh, we just had breakfast lah." "Nevermind, you want latte?" "Yes sure! Thank you Mika!" Dia beilkan coffee untuk semua orang tapi orang pertama dia tanyakan adalah aku...

Aku rasa angau aku tahap 1 sebab apa sahaja yang Mikail buat, hati aku berbunga-bunga walaupun dia bukannya buat sesuatu perkara khas untuk aku. Usai sahaja kerja kami selesai, sesi bergambar sudah semestinya acara yang wajib dilakukan selepas itu sebagai bahan bukti, kami sedang bekerja! Bukan bercuti!

Sedang semua orang sibuk bergambar, berselfie...

"Mika! Can we take photo together?" Dia agak terkejut dengan pelawaan aku tapi dia turutkan juga.

Ya, ini adalah gambar pertama kami berdua. Jauh nau jaraknya antara kami. Dia segan, aku juga segan. Tapi masing-masing kembali ke mood serius bekerja. Lagha sebentar sahaja...

Agenda seterusnya adalah makan tengahari! Seperti biasa, Mikail sibuk menguruskan Didi setiap trip. Tapi setiap kali itu jugalah dia akan letakkan aku sama kereta dengan dia. Bagai pucuk ulam dicita, berbunga lagi hati ini sentiasa.

Kami pergi ke sebuah restoran Muslim di Beijing. Restoran ini aku sangat familiar sebab 10 tahun lepas aku pernah pergi ke restoran ini. Ralit ambil gambar dan video, aku tak perasan dia setia menunggu aku di pintu masuk. Rupanya aku orang paling terakhir. Hihi. Maafkan saya...

Kami ditempatkan di satu bilik kerana jumlah kami yang ramai. Bilik itu agak tersorok dan privasi. Masuk sahaja bilik itu, tempat semua sudah penuh. Maka aku terpaksa mengambil tempat di bahagian luar hujung. Kalau aku masuk lewat, siapakah gerangan kedua yang lewat itu?

Pandai! Mikail juga lewat sebab tunggu aku. Maka, tempat duduknya adalah sebelah kanan aku. Kerana fizikalnya yang besar, aku terpaksa mengecilkan ruangan aku supaya tak bersentuhan/berlaga tangan dengan dia.

Sedang kami menunggu makanan tiba, "Lya, you said you want to find partner right? Here there are many guys. Okay, which are you that still available?" Wey sumpahlah awkward bila tetiba clique aku yang sangat sangat supportive itu memulakan perbualan yang out of nowhere. Dan Harry pun menyampuk, "Oh this guy (tunjuk pada seorang lagi rakan mereka yang turut serta) is single. But he's not a Muslim. Oh ya! Mikail is single and he's Muslim!"

Aku rasa bilik tu suam jadi panas ya amat. Tak tahu nak letak mana muka ini. Mikail pula senyum tak senyum aku tak tahu sebab kau gila, takkanlah aku nak teleng kepala ke kanan tengok reaksi muka dia!

Perbualan kami tergendala bila makanan masing-masing sampai. Aku order mee. Macam biasa, portion makanan di China memang banyak ya! Sebagai rakyat Malaysia (bukan Melayu sahaja, semua bangsa juga turut merasakan apa yang daku rasa hahahaha), portion 'biasa' mereka ini adalah untuk dimakan 3 orang rakyat Malaysia...

Aku yang portion biasa di Malaysia pun tak habis, apatah lagi yang ini. Aku makan laju macam mana pun, memang tak luak... Semua dah nak habis makan tapi aku masih sedaya upaya untuk habiskan.

"Mikail, do you want to share?" Aku tak tahu datang mana keberanian aku untuk tanyakan soalan itu pada Mikail sebab baru kenal wey! Tetiba nak kongsi makanan. "Wah, you cannot finish? Finish lah." "I cannot finish (doing my cat face)." Memula dia memang tak tunjukkan niat nak habiskan makanan aku pun, in fact aku tak makan direct pun dari mangkuk tu. Aku asingkan sedikit dan masukkan ke dalam pinggan asing. Sebab itu aku berani nak kongsi makanan dengan dia.

Aku sambung fokus berborak dengan cliques yang lain. Tetiba ada tangan dari arah kanan melangkaui muka aku untuk ambil mangkuk mee aku...

Aku toleh ke kanan, Mikail bersungguh habiskan mee aku.

Aku tak tahu dah berapa ratus kali aku perlu tersentuh hati, dan jatuh hati, dan jatuh tak boleh nak bangun dah ini. How to say ya. Dia dan aku adalah manusia yang hanya kenal atas dasar kerja. Dia orang China, aku orang Malaysia. Dapat tak apa aku cuba sampaikan? Kami orang yang sangat asing.

Aku rasa muka aku merah menyala sebab rakan-rakan sekerja aku hanya senyum sipu-sipu pandang aku. Aku cuba ignore the situation dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Sebenarnya rakan sekerja aku yang lain juga terkejut dengan tindakan Mikail. Now you get it? Even orang lain juga terkejut, apatah lagi aku.

Seterusnya kami menuju ke tempat kerja kami semula. Ya, kami masih naik Didi yang sama... Dan Mikail masih duduk di sebelah aku apabila bekerja. Bila tak fokus, kami berdua sekali tak fokus.

Menghala balik, kami sepatutnya nak pergi Tianmen Square tapi disebabkan kami belum lagi jamak solat, maka kami bergegas ke masjid yang terdekat di Beijing dan berdekatan. Dalam perjalanan, kami interview sedikit latar belakang Mikail. Tapi aku macam biasa, mengambil pendekatan untuk lebih banyak diam dan mendengar daripada menyampuk. Aku serahkan semuanya pada cliques aku untuk buat kerja. Hihi.

"Mikail, are you single?" "Yes I am." "Have you ever in relationship before?" "Yes." "When was it?" "Last year."

Okay, ini panjang telinga aku, panjang leher aku. Aku cuba betulkan kedudukan anak tudung aku supaya tidak menghalang pendengaran aku!

"I coupled with a Chinese Malaysian but we broke up since we cannot get along. It's hard because we are coming from different background." "You plan to settled down where? Malaysia or China?" "I plan to settled down at Malaysia but my concern is I need to find someone who's coming from same background with me. If not, it's difficult."

Aku jauh hati sudah. Kecewa. Hampa. Tapi siapa aku hahahahahahaha. Nasib nak pergi solat, aku dah berkira untuk mengadu bebanyak. 

Sampai sahaja masjid yang dituju, aku berlari-lari anak sebab masjid ini masih sama seperti 10 tahun yang lepas. Ah! Rindunya! Lupa terus aku pada Mikail. Merajuk? Ya. Dengan siapa? Tak tahu.

Can we skip the boring parts which dinner and go back to hotel? Hahahahahaha.

Before naik lift, "Goodnight Harry! Goodnight Mikail! See you tomorrow."

"Goodnight to you too Lya. See you tomorrow."

Aku tidur dengan hati yang berat.

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China