Episod 9 - Kasih di Bumi China
Perut masih lapar ya sebab semalam hanya makan makanan ringan. Makanan yang Mikail belikan itu aku tak dapat habiskan sebab memang aku tak boleh makan...
Ditambah lagi dengan hari ni seharian Tianshan hujan. Agenda kami untuk daki gunung Tianshan menggunakan cable car, tidak kesampaian. Ingat tak waktu dia Great Wall Mutianyu. Ya, sama juga di Tianshan. Slightly hujan pun cable car tidak akan bergerak.
Aku sampai main make up make up dalam bilik semata nak tunggu hujan reda. Then aku jenjalan dalam hotel, singgah bilik orang lain. Bosan sangat sangat. Tetiba dapat notification untuk get ready jam sekian sekian semua check out untuk gerak ke Tianshan Mountain seterusnya ke Zhengzhou, destinasi kerja kami seterusnya. Tapi kami belum makan dan yang paling lapar adalah aku! Aku text Mikail, "Mika, can we eat lunch first? I'm hungry... *sambil insert emoji kucing lapar*" "Yes yes sure. I'll order for you." "But don't get wrong lagi! I lapar tau! If not I mogok jalan!" "*insert emoji yes sir*"
Menyampah aku dengan Mikail ni tau. Aku marah macam mana pun, dia dah tahu sangat bilamasa yang aku bebetul marah dan bilamasa yang aku tak bebetul marah. Sekarang ni aku marah manja dan dia tahu sebab itu dia berani bagi emoji begitu!
Dan lunch itu sampai setengah jam sebelum check out. Aku nak solat jamak lagi nak makan lagi. Mikail memang sengaja cari pasal dengan aku. Awak itu bolehlah makan laju solat laju. Saya ini makan dahlah slow! Solat nak pakai telekung then nak remake up lagi.
Allahu, aku rasa nak patah dua sahaja Mikail time ni.
So aku makan dengan kadar kelajuan bullet train dan make up pun ala kadar. Lantak kau Mikail! Eh marah.
Tapi satu perangai Mikail ini kan, bila aku marah, dia akan sentiasa murah dengan senyuman. Senyummmmmmmmmmm memanjang. Tapi bila mood aku okay, dia nak senyum? Bulan jatuh riba pun belum tentu dia senyum. Ke dia memang suka tengok aku marah ek. Letihlah mamat ni yih! Bila aku turun lobi bawa luggage gila besar tu, dia senyum sahaja nampak aku.
Macam biasa kami berada dalam Didi yang sama. Membeli belah cenderamata di kaki gunung Tianshan sahaja sebab hujan. Eh berkepit sahajalah Mikail dengan aku. Kali ini jarang-jarang dia tengok phone. Memang sepenuhnya perhatian dia pada aku. Seronok hiks. Aku syak dia tahu aku dah 2 3 hari macam singa dengan dia. Kejap singa kejap kucing.
Kali ini aku tak terkira dah gambar aku dengan dia. Hahahahaha.
Kami pulang ke hotel dahulu untuk pick up luggages selepas makan malam sedikit di hotel berdekatan. Tiba-tiba, "I bought everyone ice cream!" Aku toleh, oh Harry! Dia nampak aku pandang dia, "Don't worry. This brand can eat. I've check it multiple times." Aku pandang ke arah Mikail pula. Dia sibuk dengan phone dia.
Aku terharu. Harry ingat. Harry ingat aku nak ice cream...Walaupun timing dia beli itu tak kena sebab tengah hujan kat luar, tapi ingatan itu.....
Selepas itu kami semua bergerak ke train station untuk ke Zhengzhou.
Macam biasa aku tunggu Mikail di imigresen sebab risau dia tertinggal passport dia pula. Dahlah masuk kali ni dah 2 kali dia guna E-ID. Ada balance 3 lagi. Cukup ke tak aku duk mencongak dekat kepala. Oh ya, aku cuba biasakan diri untuk naik Didi tanpa Mikail lagi sebab kali ini Didi banyak tak available so ramai yang terpaksa squish into one car.
Aku nampak Mikail berjalan ke arah aku dengan gaya model dia. Alahai handsomenya. Tapi dia senyum ada makna. Risau aku mamat ni lah.
"Why you senyum like that Mika?" "Hihi *sambil show off ID dia*" "EHHH! Mana you jumpa?!" "Here." Rupanya ID dia terselit di sebalik porch bag dia. Aku dah cakap kan?! Sebab setiap kali dia simpan ID dia, memang aku nampak dia simpan mana. Tapi sebab waktu dia hilang memula tu, mood dia tak baik, aku malas nak argue.
Then dia show off segala isi dalam dompet dia pada aku. Apa motif kau Mikail oiii.
Dalam train kali ini akhirnya dia punya seat sebelah aku! Punyalah excited aku nak duduk sebelah dia. Eh, alih alih dia duduk di kawasan luggages kami diletakkan supaya luggage kami tak dicampak ke kawasan lain. Hampa sangat sangat sangat!
Ada masa lagi 1 jam nak sampai, aku ke tempat luggages sebab nak make sure luggage aku ada di situ walaupun Mikail ada. Waktu itu Mikail tak perasan aku on the way ke tempat dia.
Hati aku berdetak kuat, tersentak kuat. Sebab aku nampak dia tengah video call someone. Perempuan. Kalau boleh pitam di situ, lama dah aku pitam. Tapi tak naklah drama sangat. Cuma aku tersentak, aku terus patah balik. Nak nangis waktu itu juga! Tak kisahlah aku salah faham ke apa tapi yang aku pasti aku tak nak explanation apa-apa. Remuknya hati aku...
Aku balik ke tempat aku semula dan aku paksa diri aku untuk tidur. Tapi tak boleh. Air mata je jatuh. Aku selalu silap suka pada orang.
Setibanya kami di Zhengzhou, dah lewat malam sangat. Didi tak ada dah maka kami beramai-ramai naik teksi. Seperti biasa, aku dengan Mikail. Belum naik lagi aku dah rasa something wrong somewhere sebab muka Mikail berubah sejurus sahaja dia bercakap dengan uncle teksi. Mikail sendiri angkat bag kami berdua ke dalam boot kereta. Tapi bagpack dia, sling bag dia semua dia lempar ke aku. Siot mamat ni.
Aku perasan Mikail ada bercakap-cakap dengan uncle teksi itu tapi nada dia keras.
Tiba-tiba uncle itu berhentikan teksi di sebelah jalan raya. Aku tengok maps jauh lagi wey! Suara Mikail makin meninggi. Aku pula yang terkejut sebab Mikail tak pernah marah begitu. Suara dia lagi naik dan hampir nak angkat tangan bila uncle itu nak ludah ke belakang. Aku macam wey! Apa ni! Nak menangis sebab keadaan tegang sangat tapi Mikail sahaja yang aku kenal sekarang ni. Aku terus, "Mika..." Mungkin Mikail dengar so dia cool down siket. Entah apa dia deal dengan uncle itu yang buatkan uncle itu lembut hati untuk hantar kami bebetul sampai di hotel tapi itupun masih jauh.
Waktu uncle itu berhentikan teksi untuk kami turunkan bag semua, aku macam dash buat kerja. Mikail kena keluargkan luggages yang besar di bonet. Aku pula keluarkan bag-bag yang ada di seat aku. Belum sempat aku keluarkan habis kaki aku, uncle tu dah gerakkan teksi. Menjerit aku. Mikail terus tepuk badan teksi tu. Sumpahlah aku memang nak menangis tapi sebab Mikail ada, aku rasa selamat. Dan dia mungkin terkejut dan tak sangka keadaan akan jadi tegang macam ni so banyak kali dia tengok aku tapi tak cakap apa-apa.
On the way kami nak ke pintu hotel, dahlah tingkat dua, kena naik lift lagi, handphone aku berbunyi. Aku angkatlah. Rupanya clique aku teksi lain pun terkena benda sama juga tapi mereka lagi teruk. Lagi jauh dari kami mereka diturunkan. Mikail terus lari ke tempat mereka. Yang aku pula terpinga-pinga dalam keadaan larut malam, luggages banyak. Aku macam, mika....
So aku jagalah semua bag itu sementara Mikail selamatkan mereka pula.
Lama jugalah, macam 15 minit begitu barulah muncul muka sorang sorang. Last sekali adalah Mikail. Nampak dia penat sangat. Dan baru dia perasan aku di situ keseorangan. Aku nak terasa tapi aku kasihan dengan Mikail. Dia sangat sangat penat. "Lya, sorry... I was panic and worried if anything happened to them so I didn't managed to say anything to you before go." Dia pegang handler luggage dia dari pegangan aku. Aku lepaskan dan aku pegang handler luggage aku. Aku tak sahut pun maaf dia. Sebab aku masih dalam keadaan trauma. Aku masih tak tahu situasi dan siapa yang perlu aku marah dan kecil hati so aku ambil pendekatan untuk diam.
Mikail nampak gelisah sangat. Sesudah kami tiba di lobi, Harry masih setia tunggu kami di situ. Mikail ceritakan semua pada Harry. Harry macam burung belatuk minta maaf. Kam semua tak ada tenaga nak berbalah, kami iyakan sahaja dan semua bawa diri masuk ke dalam bilik masing-masing. Sama seperti hotel-hotel lain, security mereka sangat ketat. Tiket pintu bilik ke tingkat bilik kita sahaja yang kita boleh access. Tingkat lain tidak dapat access. Selalunya yang bilik berdua, kami satu tingkat sahaja. Tapi hotel kali ini semua diletakkan dalam tingkat yang sama.
Aku tarik bag aku. Waktu tiba depan pintu hotel, rupanya Mikail dan Harry selang sebilik dari kanan kami. Aku tak pandang Mikail. Aku menonong masuk ke dalam bilik. Penat mental dan fizikal. Belum sempat aku digest semua benda betul betul, notification group masuk.
"Tomorrow we will split into 2 teams." I was like, okay..... Aku cari nama aku dalam team mana. Sekali lagi aku punya mental didera. Aku tak sama team dengan Mikail. Bermakna hampir seharian aku tak akan jumpa dia. Malam itu aku tidur, ternangis ya. Aku tak tahu menangis sebab apa. Menangis sebab takut ke menangis sebab tak sama team dengan Mikail huhu.
Keesokan paginya, kami sarapan di hotel. Apalah sangat yang boleh dimakan. Nasib baik aku memang pergi memana sentiasa bawah rumah. So segala kopi dan biskut semua aku bawa. Aku alas perut pepagi dengan makanan itu. Tak lama selepas itu, muncul Harry. Kami kena gerak dahulu sebab temujanji kami awal dan ramai yang perlu kami jumpa. Aku baru bangun dari kerusi, Mikail pun turun. Dia cari mata aku, mungkin nak bagi signal, tapi pandangan aku kosong. Aku terus tinggalkan dia terpinga pinga.
Sepanjang bekerja, aku cuba ceriakan mood aku. So aku cuba rapat dengan Harry. Rupanya selama ini Harry takut nak sebut nama aku sebab dia confuse. Aku ajar banyak kali dia sebut nama aku. Dan sepanjang kami bertugas itu, setiap kali ada peluang sebut nama aku, dia akan sebut hahahahahaha comel gila.
Waktu nak makan, dia orderkan semua untuk aku dan semuanya memang preferences aku! Harry...Mikail pun tak macam ini. Aku tak tahu Mikail ambil perhatian pada aku atau atau tidak. Ataupun dia tak nak tunjuk sangat dia tahu dan perhati semua tindak tanduk aku. Aku dah banyak kali fikir sepanjang 7 hari kami di China, betul ke apa aku rasa ini huhuhu.
Usai bekerja, kami buat keputusan untuk lawat Shaolin Temple yang ambil masa perjalanan selama 1 jam lebih. Aku ambil kesempatan untuk berborak dengan Harry sepanjang perjalan kami itu. "Harry, you look so tired. You need to take break for a while. You are still young. There's a long way to go." "I cannot rest. I have a lot of commitments. I have staf to pay them." Pertama kali aku nampak sisi lain Harry. Selama ini dia happy go lucky, sentiasa senyum sentiasa gelabah. Kali ini aku nampak sisi dia yang tenang dalam meluahkan. Nampak dia penat. Kami berborak banyak dan salah satunya aku cakap, "Harry, you didn't remember my name kan? You always touch me if you want to call me. Sampai hati!" "Sorry sorry. Now I will always remember your name, Lya." Aku gelak sahaja sebab kali ini dia tak comel tapi dia tenang dan cool. Suka tengok sisi dia yang ini.
Suasana semakin mendayu dayu memanggil untuk lelapkan mata. Aku nampak Harry dah terlentok, alahai kesian dia. Clique aku lagi seorang tidur lama dah. Aku? Aku punya kepala tak dapat rehat dari memikir. Dalam masa sama kepala aku asyik teringat Mikail. Seronok ke dia aku tak ada?
Hampir 1 jam lebih lepas itu, kami hampir tiba dan semua pun sudah terjaga. "Lya, you didn't sleep?" "No, because I want to take care all of you especially you Harry. Because you look so tired." Harry terus pusing belakang, "You didn't sleep?! You will tired later!" Dia punya terkejut tu hahahahaha comel lah Harry. "Nevermind, I still have energy left ma." Borak punya borak, kami pun sampai.
Dari tingkap, aku dah nampak Mikail sedang tunggu beramai-ramai di pintu masuk.
Aku turun sahaja kereta, aku terus keluarkan phone, acah-acah rakam pemandangan. Aku tak tegur dan tak senyum pun pada Mikail. Aku ignore habis dia. Aku berjalan dengan Harry sahaja. Harry macam biasa, puteri lilin, siap berpayung. Panas terik hui. "Harry! You have umbrella? It's not that hot!" "Why? Do you want umbrella? Let's share together." Aku pun saja nak sakitkan hati lelaki yang keras kakun yang aku tak tahu dia berada di mana, "Sure? Can I share together with you." "Sure sure!" Maka kami pun kongsilah payung bersama. Harry payungkan aku ya. Mikail tak pernah buat begini, detik hati aku. Hari itu pun, aku yang minta nak share payung dengan dia sebenarnya.....
Kami naik tram ke untuk menelusuri perjalanan ke temple atas.
Dan.......
Aku perasan Mikail perasan aku tak layan dia langsung. Bila minta tolong ambil gambar pun aku minta tolong Harry sahaja. Sampaikan Mikail yang volunteer untuk sentiasa berada dekat dengan aku walau kemana sahaja aku pergi. Aku pergi bahagian sini dia ada. Aku pergi bahagian sana dia ada. Aku berdiri diam di satu sudut pun dia akan mencangkung di situ. Sampai satu tahap, dia mungkin tak tahan dengan silent treament aku bagi pada dia.
"Lya."
Comments