Episod 11 - Kasih di Bumi China

Selepas makan, kami pulang dengan Didi berasingan.

Siapa kami?

Aku dengan Mika lah...

Didi aku sampai lewat. Kelihatan mereka semua masih lepak di depan hotel. Aku nampak Mikail. Tak tahu nak declare kami dah baik atau belum. Tapi bila pandang dia, kami senyum sahaja seperti tiada apa yang berlaku.

Malam itu, aku sedaya upaya untuk mendobi sebab keesokan harinya kami akan terus bertolak ke Beijing semula selepas waktu kerja. So tak ada masa dah nak cuci baju. Baju kotor pula banyak. Aku tak sanggup nak bawa balik pakaian busuk.

Berbekalkan telekung kepala aku, berlari aku ke bilik dobi. Satu hal pasal hotel ini, aku tak tahulah nak kata kedekut ke jimat elektrik ke tapi agak-agak lah. Kalau nak tutup lampu sekalipun, janganlah ditutup lampunya di kawasan lif, dobi dan koridor hotel........ Seram mat memalam.

Imagine aku ini yang bertelekung bertebangan adehhhh. Bilik dobi pula cinonet! Muat untuk 2 orang sahaja dalam satu masa, pintu pula auto buka tutup. Dalam bilik dobi itu ada satu singki, dua dryers, dua mesin basuh dan satu wap iron. Masa aku berlari nak mendobi itu, aku bertempur dengan Mikail di koridor on the way ke bilik dobi. Dia pun bawa sebakul baju kotor nak basuh.

Muka terkejut dia tengok aku tu kelakar gila hahahahahaha. Tapi awoknya dah biasa kan tengok suasana begini time terawikh di Malaysia kan......hihi. So terkejut dia lebih kepada nak kenal siapalah makcik yang bertelekung berlari-lari di koridor hotel memalam. Siapa je tak seram hahahahaha.

Aku berbasa basi dengan dia tapi sebenarnya aku harap dia bagi laluan untuk aku basuh baju dan gosok baju dulu sebab banyak gila aku punya pakaian, "You want to dobi?" "Yes but you can wash it first?" "Do you want to use iron?" "No no, you can use it." Nampak tak soalan basa basi aku itu. Selama ini pernah pula si Mika tu gosok baju Lya uiiiiiii.

Punyalah express aku gosok baju dengan tudung untuk esok. Baju basuh pula buat hal sebab dia tak keluar masa. 

Aku tekan button buka pintu dobi. Nah, muncul muka Mikail tengah bersila depan pintu dobi. Tapi dia tengah on the phone. Dengan siapa.......Tapi aku kena tegur juga dia.

"You can use other washing machine. Still available to use." "Oh, okay. Thanks."

Then aku berlari ke bilik aku semula. Kepala masih memikirkan siapalah yang Mikail tengah on the phone tu.

Aku set masa setiap 30 minit untuk check baju. Susah hati woooo. Banyak khazanah dicuci tu woooo.

Maka setiap 30 minit lah aku ulang alik bilik ke bilik dobi untuk check baju. Dan setiap kali itulah, Mikail setia di depan pintu dobi itu ya. Masih on the phone ya. Tapi aku tak cakna dah, malas. Aku fikir baju aku siap baju siap dry sahaja. Sebab dah pukul 2.30 pagi tapi masih belum tidur ya kami dua!

Terima kasih juga pada Mikail kerana sentiasa ada di koridor. Entah betul ke tidak itu dia tapi aku dah tak kisah hahahahaha. Dahlah esoknya kena gerak awal pagi untuk jumpa clients. Bag aku apa semua tak siap lagi!

Plus minus, jam 3 lebih jugalah aku boleh tidur dengan aman selepas semua dah settle kemas.

Pagi esoknya aku turun breakfast, muka sembab huhuhu. Mikail juga turun tak lama lepas itu. Muka dia pun boleh tahan sembab juga.

"Morning Mika." Aku rasa macam dah lama aku tak wish morning dekat dia. Mana taknya, hari-hari merajuk.

"Morning Lya. Breakfast already?"

"Yes done already."

Lepas itu satu demi satu clique aku turun untuk sarapan. Termasuklah Harry. Oh Harry. Semalam bilik dorang dua ini bising dan riuh betul. Aku syak Harry tengah meeting online. Mungkin sebab itu Mikail duduk luar bilik untuk on the phone.

"Today, we need to be there early. So who wants to ride same Didi with me?" Mikail punya soalan ini kan mengundang pandangan mengusik dari semua cliques aku. Aku pepura tak ambil endah. Then clique aku yang sangat supportive dari awal itu, siku aku. Dia suruh aku sama Didi dengan Mikail.

So it's decided. Aku sama Didi dengan Mikail.

Setibanya kami di lokasi untuk perjumpaan bersama clients, aku dan Mikail auto macam lipas kudung dan belangkas. Ke sana ke mari bersama. Camera phone penuh gambar kami berdua. Rupanya dalam masa sama, cliques aku pun ambil gambar aku dengan Mikail senyap-senyap. Mikail memang pagi ini tak boleh berenggang dengan aku. Macam takut sangat aku hilang. Rimas pun ada hahahahahaha.

Kalau dia nak perhatian aku, sebelum ini dia panggil nama aku sahaja. Kali ini dia tarik tudung aku lah, lengan baju aku lah, bag aku lah. 

"Mika, do you feel hot?" Sebab aku tengok peluh dekat dahi dia dah menitik-nitik. Satu hal di China, mereka buka aircond tapi suhu 27 huhuhuhuhuhu. Aku bagi tisu pada dia. Memang lecun aku tengok dia. "Can you help to lower down the temperature? Because it's too hot and humid. Many people here. Sesak nafas already." Mikail tak cakap apa, terus dia set suhu aircond semua kepada 20 darjah celcius. Ada 2 aircond tapi macam tak payah buka pun tak apa. Pasang kipas lagi berguna aku rasa hahahahahaha.

Dia terus berdiri di sebelah aku cecepat. Takut aku lari ke apa Mika...

Sebelah petangnya kami bergegas untuk lawatan ke tempat yang agak jauh sedikit. Maka aku terlelap dalam kereta untuk keberapa kalinya. Tiba sahaja di destinasi, sebelah aku tak pernah sunyi. Ya, Mika sentiasa berada dekat dengan aku.

Kerja masih kerja. Tapi sambil menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan hahahahaha. Sambil menyelam kita minum air. Begitu deh.

Ada satu tempat tu cantik sangat, dia macam suasana dalam taman bunga dan kolam teratai. Konsep macam kau dibawa dalam suasana taman diraja kerajaan China dedulu kala. Tengah aku asyik melayan perasaan di situ, clique aku tetiba tanya, "Apa perasaan duduk di sini sambil ambil angin tapi tiada pasangan di sisi?" Aku saja nak test air sekali lagi. Aku jawablah sambil mata ke arah Mikail, "Boleh tak jangan tanya soalan yang obvious. Tapi soon ada lah tu. Cuma orang yang lagi satu tu jual mahal!"

Mikail senyum.

Aku tak pasti dia senyum sebab apa since dia dengan handphone dia. Kebetulan ada benda yang menarik di handphone dia dan dia senyum. Atau sebaliknya. Aku tak tahu. Dia sahaja tahu.

Di situ banyak sangat lokasi lain strategik untuk bergambar. Kebetulan si Mikail ini asyik berkepit dengan aku, bila lagi nak mengada bersama kan hihihi.

Bila semua tengah sibuk ber-ootd, aku panggil Mika, "Mika, here!" Dia pun menononglah datang ke arah aku. "Mika, can you help to take my photos here?" Aku tak tunggu dia jawab pun aku terus bagi phone aku pada dia. Punyalah banyak dia ambil sampai aku tanya sudah ke belum.

"Why you always smile like that? Other photos also the same, you will smile like that." Eh........Dia perhatikan aku ke? Other photos? Means photos yang bukan hari ini lah kan? Photos sepanjang kami di China lah kan?

"Why? Cannot ke? Because I didn't know how to smile without showing my teeth. Eeeee." Then dia senyum, like sooooo wide and bright ya. Aku pelik mamat ni, happy sangat dia hari ini. 

Waktu tengah meeting with the clients pun dia buat hal. Aku macam biasa, kena cover media parts. Tapi lantai bilik mesyuarat itu bising wey. Aku terpaksa jalan macam pink panther! Yang si Mikail kat tepi dah gelak-gelak sampai muka merah-merah. Wow, first time aku nampak dia gelak bahagia macam itu. Lawak sangat aku ni kot. Entahlah hahahahaha.

Then aku duduk balik tempat aku di meja mesyuarat. Kali ini Mikail duduk jauh dari aku. Dia masih senyum-senyum pandang phone lepas tu pandang ke arah aku. Aku tahu dia tak fokus. Aku pula perlu kembali fokus. Masak aku nanti tak update info mesyuarat huhuhu.

Selepas mesyuarat, kami dibawa ke satu tempat yang lantainya hanya beralaskan kaca. Ya kaca...... Aku tak adalah gayat, tapi sekarang ini kita sedang berada di tingkat 19 wey hahahahahahaha. Semua ambil kesempatan untuk bergambar posing maut. Aku pula takut-takut nak berjalan.

Mikail pergi tarik lengan aku sampai aku berdiri bebetul tengah. Menjerit lah aku! Kami dah macam kanak-kanak riang di situ. Dan kami berani berperangai sebegitu sebab cliques semua berada di arah yang lain. Hanya kami sahaja di situ. Nak kejar Mikail, dia dah lari ke tempat yang lebih selamat. Gelak sahaja dia.

Pelik aku. Kenapa dia gembira sangat hari ini. Dan interaksi kami berdua lebih dari luar biasa hari ini. Are you okay Mikail?

Kami auto behave lepas cliques kami semua dah patah balik ke tempat kami. Mikail auto control macho. Menyampah. 

Waktu dia tengah dalam mood relax, aku pergi ke arah dia. "Mika, we didn't have photo together here." Dia pandang aku, terus dia tunjuk skrin phone dia. Aku tak sempat nak marah sebab dia tak respon ayat aku tadi, terus aku terdiam.

Skrin phone dia. Ada gambar aku. Close up. Tengah focus dalam meeting tadi. Dalam aku diam tu, aku dengar suara dia.

"Cantik."

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China