Episod 6 - Kasih di Bumi China
Aku mulakan hari aku dengan senyuman sebab tidur nyenyak sangat.
Turun breakfast dekat hotel, mata aku duk melilau jugalah mencari kelibat dia tapi tak nampak pula. Assume dia tak turun lagi lah. Aku duduk membelakangkan pintu masuk.
Tiba-tiba aku terbau minyak wangi dia. Ceh, masih maintain cool aku itu padahal hati dah bergelodak nervous. Nervous sebab apa pun aku tak tahu tapi aku nervous nak berhadapan dengan dia pagi ini. Mungkin sebab video malam semalam yang aku terima sebelum aku tidur. Hihi.
Aku perasan kemainlah dia senyum sampai ke telinga. Apa yg seronok sangat pun aku tak tahulah.
"Morning Mika!" "Morning Lya." "You look so happy today." Dia senyum sambil tunjuk a glass of Ice Americano???? "Mika, early in the morning for Ice Americano?" Dia senyum lagiiiiii sambil goyang-goyangkan kepala dia. Dia dah dapat candu dia, memang confirm energy dia melampaui normal manusia.
Sekali lagi, Mikail memang suka aturkan Didi sama dengan dia. Hari yang sangat memenatkan sebab ramai clients kena jumpa. Aku terpaksa pakai sandal sebab semalam seharian berjalan dan ibu jari aku bengkak. Aku perasan Mikail pelik aku pakai sandal sambil berstokin. Ah lantaklah. Fashion aku letak ke tepi sebab kaki memang sakit sangat.
Seharian jumpa clients, memang seating plan selalu kami diletakkan bersebelahan. Kalau dia ke laut, aku surely akan join ke laut sama. Ada satu company kami lawat, aku tak boleh buat tugas aku sebab orang situ suruh aku duduk dari ambil gambar. Loh, kitonyo kena ambil gambar untuk buat reporting. Tapi aku akurlah. Mikail pun sama kena akur.
Sepanjang meeting, aku ingatkan dia fokus tulis apa yang dibincangkan. Rupanya dia doodle on paper given....... "Mikail, what are you doing?" "I'm bored so I rewrite the words." Lama kelamaan perangai sebenar dia muncul. Mikail yang macho itu hanyalah topeng yang dipakai olehnya ketika berjumpa dengan orang yang dia tak rapat. Maksudnya dia dah selesa dengan aku lah eh? Eh?
Waktu makan tengah hari, sekali lagi aku gamble dengan hidup aku. Mikail akan pilih tempat duduk mana. Kali ini meja bulat tapi dia pilih tempat jauh sedikit dari aku sebab kali ini ramai clients yang join lunch sekali. Sate kambing aku masih ada dalam menu. So aku ambil agak banyak jugalah. Tapi bila nak makan itu, agak segan sebab ramai orang yang tak kenal ada di meja yang sama so aku teragak-agak nak makan.
Tiba-tiba...
Ada tangan yang ambil semua sate kambing aku itu. Rupanya tangan Mikail. Dia tolong cerai beraikan isi sate kambing itu dari batang lidi besi dan letak atas pinggan kemudian pass pinggan itu pada aku. Brader, sekali lagi aku nak ingatkan semula. Di meja kami ketika itu, ada 4 orang lagi clients yang surely kami tak rapat, berada sama meja dengan kami ya. Dan perlakuan Mikail itu membuatkan muka aku merah padam ya amat sebab semua pun pandang Mikail dan aku, berulang kali. Aku tak pastilah mereka telan ke tidak makanan yang sedang dikunyahnya ketika itu.
Mikail? Dia dengan muka blur dia sahajalah. Blushing tak ada apa tak ada. Aku? Macam angry bird dah.
Lepas lunch, kami jumpa clients yang seterusnya sampailah kami menuju ke restoran untuk makan malam. Sebelum pilih tempat duduk, aku ajak semua untuk selfie dahulu untuk rakam the moment. "You all, selfie jom cepat." Semua ignore aku tapi aku snap jelah without looking at anyone dalam gambar tu. As long as aku nampak cantik, cukup dah. Hahahahaha.
Dah jadi habit antara aku dengan Mikail, kami sepertinya gamble tempat duduk mana yang akan kami pilih dan duduk. Kebiasaannya aku suka pakai isyarat mata dan hati hahahahaha. Kali ini aku nak tukar modus operandi. Aku tak pandang pun tempat duduk dia, aku terus pilih tempat duduk aku. Dia pula tarik perlahan sahaja kerusi untuk duduk. Nak tahu dia duduk mana? Meja kami besar bulat. Dia duduk jauh dari aku tapi....masih berhadapan dengan aku.
Tak tahu apa yang menyebabkan Mikail sentiasa dengan phone (selalu dengan phone tapi kali ini disertakan dengan kerutan dahi yang melampau). Kecewa aku sepanjang makan malam itu. Tak ada interaksi langsung dengan dia. Aku pun main phone jugalah lepas itu. Scrolling gambar-gambar yang diambil hari ini.
Tapi aku tertarik dengan gambar yang baru sahaja aku ambil tadi. Rupanya Mikail seorang sahaja yang pandang ke arah kamera aku... Aku yang tadinya kononnya merajuk dengan Mikail sebab tak ada interaksi, aku angkat muka aku pandang ke arah dia. Dia masih khusyuk dengan phone. Tapi seakan dia sedar ada orang perhatikan dia, dia angkat muka juga. Kami bertentang mata (eeeeee gelinya nak taip!), aku senyum pada dia. Dia jongketkan kening dia, as usual. Itu maksudnya dia tak faham kenapa apa yang sedang berlaku. Aku tak justify apa-apa, senyum sahaja.
Malam itu, aku ada discussion dengan team member untuk discuss preparation hari esoknya. Aku ternampak kelibat seseorang di lobi yang sedang baring sambil on the phone. Lobi hotel ini sangat sangatlah empuk sofanya. Memang ramai pun manusia ambil kesempatan untuk baring. Tapi masalahnya mamat ini baring guling-guling sampai jatuh ya. Happened to be, aku menyaksikan semua itu.
Tak gelak, tapi aku lebih memikirkan, siapakah gerangan di sebalik panggilan itu sampai buatkan Mikail jatuh tergolek.
Eh memang aku tak fokus lah cerita dia waktu perbincangan kerja lepas itu. Kepala otak masih giat memikirkan siapakah gerangan di sebalik panggilan itu.....
Comments