Episod 4 - Kasih di Bumi China
Hari ini dijadualkan kami akan pergi ke Jinan selepas berjumpa dengan clients terakhir di Beijing. Sebelum kami bertolak ke Jinan, kami akan melawat The Great Wall Muatianyu. Janji dalam group wechat, turun jam 8.30 pagi di lobby hotel. Aku dengan roommate aku risau kami lewat, maka kami pun dengan bangganya turun awal jam 8.00 pagi! Ceh bangga sangat dah ni. Bila dah turun ke bawah...Eh? Mana semua orang?
Tetiba nampak Mikail di lobby berseluar pendek dengan selipar hotelnya. Dia pun terkejut tengok kami. Aku pun tegurlah dia. "Eh, Mika. I thought we are late?" "No lah, you are too early! I said in the group we will meet up at the lobby on 9.00 am." "Eh, ye ke?" Aku pun tengoklah balik wechat group. Mamat bertuah ini send info jam 9.00 pagi itu pada jam 8.05 pagi di mana ketika itu kami sedang tergedek-gedek dalam lift angkat luggage masing-masing berat 20kg itu!
Aku tak tahulah nak belasah Mikail ke apa. Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat yang tengah berlari-lari ambil makanan dari deliver man. Aku dahlah tengah lapar. Yang si Mikail ni tersengih-sengih datang ke arah kami dengan membawa sarapan pagi. Walaupun muka dia sangat polos ketika itu, dan kacak. Kalau wanita sedang lapar, semua itu tidak dapat mengaburi matanya!
"Sorry sorry. I sent the info so late. This is breakfast for you all." "Sampai hati you. Kami dah bawa semua luggage turun tau!" "I'm so sorry." Aku malas nak argue, aku say bye je pada dia. Yang dia pula terkial-kial uruskan sarapan untuk members yg lain seorang. Huhu. Setibanya kami di depan bilik kami, cuba masuk, ehhhh, access denied! Rupanya di China, once you keluar bilik dan ada cleaner yang berdekatan bilik kau sedang kemaskan bilik-bilik yang lain, mereka akan auto lock bilik kau, menandakan kau dah check out. Kami dah serabut dah. Dengan tangan penuh makanan, luggage lagi. So kami decide untuk call member lain, tumpang bilik. Nasib sarapan hari ni sangat-sangat sedap! Kita di Malaysia selalu makan Taufu fa kan? Yang sarapan ini macam Taufu fa tapi dia punya kuah itu rasa sup daging rempah. Sedap sangat sangat.
Habis jugalah aku makan, kecuali pau tak sempat makan sebab Upin dan Ipin (Harry dan Mikail) dah urged kami untuk segera check out. Luggage semua letak di lobby sebab ada kenderaan yang akan pick up the luggages.
Selepas jumpa clients kami terus menuju ke The Great Wall Mutianyu. Satu perangai di China, drivers semua bawa kenderaan laju sangat sangat sangat. Traffic light yang ada sekadar hiasan ya. Kalau tengah lampu merah itu, tak pelik kalau ada motor atau basikal yang melintas, relax brader. Signal pula bagi bila tetiba teringat! Aku sehari dua memang cirit lah di Beijing. Knowing aku yang cintakan kelajuan kenderaan dalam tahap sederhana, aku sangat trauma 2 hari pertama di China...
Aku tak tahulah, dah 2 hari di China, serba serbi nak rushing. Makan rushing, mandi rushing, berborak rushing, jalan rushing, bawa kenderaan rushing. Macam robot.
Nak pergi The Great Wall ni, mak aih driver dia bawa kenderaan, astaga. Melayang layang layang layang! Hehehe. Mesti tertanya-tanya Mikail duduk mana kan? Mikail duduk seat depan........ Harry yang duduk sebelah aku.......Tapi aku perasan Mikail tak macam biasa. Dia banyak diam. So aku tak adalah nak mengada-ngada sangat dengan dia.
Kami tiba di kaki gunung untuk makan dahulu. Wey, makanan kat sini sumpahlah sedap. 2 hari di China, yang aku ingat selain Mikail (Eh!) adalah makan makan dan makan. Hari-hari kambing wajib ada dalam menu. Waktu di meja makan, aku perasan Mikail macam berkira-kira nak duduk mana. Aku nampak dia menuju ke kerusi belah kanan tapi bos aku dah berdiri di sebelah kerusi dia, takkanlah aku tiba-tiba nak take over. Maka berat hatinya aku waktu itu memilih kerusi meja belah kiri. Harry pula duduk sebelah aku......... Dan Mikail pula sangat perlahan ya dia nak duduk. Huhu.
Harry ni pula perangai dia, sangatlah attentive. Everything must be done by him. Aku nak bangun ambil sudu pun dia lagi laju ambil untuk aku. Aku nak tuang air pun dia tidak bagi! Dia yang tuangkan! Aku sampai kembung sebab dia asyik tuang air dalam cawan aku. Aku ni pula, tak kisahlah kau berguling depan aku sekali pun Harry, aku tetap risaukan si Mikail. Dia sangat lain. Yang si Harry ni pula macam dapat baca riak muka aku (BENCI LAH!), tiba-tiba, "Mikail is not feeling well today. Anyone of you have vitamin C or any medicine?" Aku ini dari muka murung muka kena paksa makan walaupun sate kambing depan mata, terus segar ya!
Aku dah macam kepala zirafah yang tiba-tiba terus tegak panjang toleh ke Mikail. Yang si dia pula senyum sengih terpaksa. Aku terus offer diri, "I do have but in my bag at the car." Dan semua orang lepas itu pun offer diri untuk bagi ubat. Last-last dia ambil ubat dari driver kami. Apoooo. On the way ke The Great Wall tu, aku punya risau ni asyik tengok depan sahaja. Dia dahlah tak sihat tapi mata asyik pandang phone.
Cuaca di luar pula makin lama makin gelap, macam nak hujan. Turun sahaja van, aku terus gerak laju nak saing dengan dia. "Are you okay Mikail? It's gonna rain. Do you have hat?" "I'm okay a lil bit after take the medicine. Hat? No need. I'm okay with the rain. Long time I didn't get wet under the rain." Leh, mamat jiwang ni. Dia boleh pula pusing-pusing acah tengah mandi hujan. Ya, Mikail aku perasan dia dah mula selesa dengan aku, maka perangai aneh-aneh dia semakin kelihatan.
"Mikail, have you go to the Great Wall before?" "No, this is first time?" "Seriuslah??! You are China citizen maaaa. Never in life??" Dia pandang aku kecik besar kecik besar wey hahahahahhaha. Aku terus lari dari dia sebab bukan boleh percaya dia ni. Ada aku kena lekuk juga. Kami dua macam anak-anak yang hilang mak bapak, jalan bersepah-sepah, lari sana sini.
Kami beli baju hujan di gerai-gerai situ. Aku macam biasa, sedaya upaya rebut peluang untuk berjalan saing dengan dia tapi dia masih segan. Dia akan berjalan sebelah aku tapi mesti ada jarak. Then dia kata pada aku, "Don't buy anything from here because it's very pricey." "Mestilah, nama pun untuk tourist..." Dia mula buat muka blur dia hahahahaha. Aku ni kadang lupa dia bukan boleh tangkap sangat bahasa Melayu kalau kita cakap laju-laju. "Nothing lah Mika!"
Sedang kami mendaki untuk ke tempat cable car, hujan dah mula turun. Berlari-lari anak kami ambil tempat untuk berteduh. Dekat sini banyak sangat sangat sangat kucing yang comel belaka! Ada satu ekor anak kucing ni, aku dah aim dia lama. Tunggu line clear, aku jalan slow-slow untuk approach dia. Dapat sahaja kucing tu aku terus gomol dia! Rindunya kucing di Malaysia! Aku asyik sangat dengan kucing sampai aku tak perasan Mikail ada di sebalik pokok berdekatan dengan tempat aku berdiri. Dia berteduh di situ rupanya. Patutlah aku tak nampak dia di mana-mana. Kami semua bersepah-sepah berteduh. Eeeeee, segannya aku! Agaknya dia nampak ke ek aku buat apa dengan kucing itu tadi?! Aku pula bila nampak Mikail di sebalik pokok itu, aku terus lepaskan kucing itu slowly di pokok di situ. Dan aku perlahan-lahan lari dari tempat itu dengan harapan Mikail tak perasan sebab dia khusyuk dengan handphone dia.
Tiba-tiba guard di situ jerit panggil pengunjung di situ semua untuk beratur, cable car dah boleh berfungsi semula. Sistem cable car di China terutamanya menggunakan sistem sensor. Kalau dia dapat detect bunyi atau cahaya sahaja, memang sistem automatik stop. Walaupun hujan renyai.
Aku berlari masuk barisan. Waktu itu tak perasan Mikail di mana. Dah nak masuk check point kedua baru perasan dia di belakang aku. Nak masuk cable car 4 orang setiap satu. Aku sanggup tunggu nak sama cable car dengan dia. Aku main isyarat mata dengan dia sahaja, signal that "I nak sama cable car dengan you". Seems like dia faham signal aku itu sebab dia lepaskan semua orang tapi bila turn aku, dia masuk sama cable car dengan aku. Aku berjaya! Hahahahahhaha.
Masalah 1: Aku gayat dengan motion yang tak stabil. Maka, sepanjang berada dalam cable car, aku kaku! Nak pandang Mikail di sebelah pun aku rasa nak menangis. Tapi acah gagah, tak nak nampak lembik sangat depan dia.
Masalah 2: Permukaan di Great Wall tidak stabil. Aku pakai kasut baru so aku tak dapat agak/adjust lagi sama ada kasut itu sesuai atau tidak dengan permukaan lantai Great Wall. Aku jalan macam orang tengah berpantang!
Tadi hujan kan? Sekarang panas terik! Members yang lain girang betul posing maut semua. Aku pula sejenis yang suka ambil gambar pemandangan. Tengah syiok ambil gambar pemandangan, ada orang cuit bahu aku. Oh Mika! "Hurm, can you help to take photo of us?" "Yes sure!" Tipikal anak-anak remaja lelaki yang bergambar. Aku layankan sahaja. Mereka dah tua ya tapi perangai Upin dan Ipin sangat.
Lagi satu fakta mengenai aku, aku cepat drain sebab aku tak suka pergi tempat ramai orang. Penat nak digest otak. Maka tugas aku sepanjang di Great Wall adalah ambil gambar orang dan perhatikan orang. Tiba-tiba mata aku tertangkap satu pandangan..
Comments