Episod 3 - Alia Jejak China Kesekian Kalinya
14 September 2024
Kami check out lagi untuk pulang ke pusat bandar Guilin.
Hari ini kami ke institut/ladang teh. China memang terkenal dengan teh. Pemberian teh kepada tetamu/sahabat/orang luar adalah satu kewajipan bagi mereka. Tahap kemesraan/keakraban pula bergantung kepada kualiti teh yang diberikan. Bak kata Jack, tourguide di Ladang Teh ini, kalau awak tak suka orang itu, awak beri teh yang kurang kualitinya. Orang itu akan sedar diri. Huhu.
Ladang Teh ini sangatlah sesuai untuk dijadikan tempat anda kumpulkan konten ya. Sangat cantik. Topi yang sepatutnya dijadikan tempat letak daun teh pun boleh tibai jadi topi. Aku rasa macam di Dalat pun ada juga hahahahahaha. Nasib baiklah Jack punya bahasa Inggeris sangat fluent. Kelakar juga dia ini. Nasiblah boleh layan loyar buruk aku yang "not yet" selalunya bila dia tanya ada soalan ke. Sampai ke sudah "not yet" aku itu. Sebenarnya aku sebersalah bila tiada yang respon dia. So first thing yang datang ke kepala aku adalah "not yet" hahahahahahahha.
Waktu tea ceremony pula, aku ni kalut nak ambil gambar/video segala. Know know eh penuh tempat semua. Semua excited nak minum teh free! So terpisahlah aku di tempat asing dan krik krik together dengan tour leader kami. Tapi okaylah, aku dekat Malaysia sahaja janggal dengan semua orang. Tiba sahaja di China, eh auto member semuanya hahahahahaha. Sepanjang tea ceremony ni, kami banyak gelak sebab Jack is funnay! Semua auto lupa ya untuk tahan dari minum air bebanyak.
Jack kata, setiap orang yang sukakan teh, akan ada personal cup. Misal kata dia berikan personal cup dia pada seseorang untuk dipinjamkan sementara atau beri terus, maksudnya orang itu adalah spesial dalam hidup dia. Kemudian kami dibawa ke kedai jualan di sebelah sahaja. Terbeliak jugalah tengok harga set tea cup. Ada yang sampai RM10k pun ada ya. Aku pernah baca, makin tinggi harga teko teh itu, makin halus dan smooth air teh yang keluar dari corong teko itu.
Banyaklah jenis teko, cup kat situ. Rambang mata wey. Cumanya kita ni bukanlah penggemar tea cup set. Kita hantu teh ais hahahahahahahaha.
Aku tak tahulah orang lain tapi baju aku memang dah boleh perah wey. Melecun habis panas sangat. Nasiblah next destinasi adalah Flute Cave. Gua ini asalnya kedudukannya adalah di bawah laut. Memandangkan paras air laut dah surut, timbul lah gua ini. Nak daki dia memang mudah sebab ada tangga. Nak turun pun ada train. Cumanya daki waktu musim panas, mudahlah macam mana pun, tetaplah rasa nak menangis kepanasan hahahaha. Ada 2 orang group members kami terpaksa bayar upah pengusung yang macam maharaja permaisuri naik zaman dolu kala China tu sebab auntie tak larat nak naik.
Masuk sahaja gua, semua lega sebab sejukkkkkkkkkkkk dan lawa. Kathrine pula beriya explain ini bentuk itu, itu bentuk ini. Yang aku pula memang dah masuk mood tak fokus a.k.a high so tahap loyar buruk aku menjadi-jadi. Banyak gelak sahajalah dalam gua ni. Aku rasa aku sangat mengganggu konsentrasi member lain yang tengah serius. Maaf...Tapi aku tak boleh tahan bila ada yang mudah terhibur dengan loyar buruk aku. Aku akan naik syeikh! Hahahahahahaha. Semua orang aku usiknya. Pasal udang pun boleh jadi hiburan untuk aku. Sungguh ada udang ya! Gigih aku cangkung suluh. Siket lagi nak mandi dalam kolam semulajadi di situ.
Tapi senang cerita, aku sangat terhibur dalam gua ini. Terima kasih Flute Cave! Apa sejarah dia? Aku memang tak ambil cakna apa yang Kathrine explain kat depan sebab suis aku dah banyak putus hahahahahahaha.
Kemudian kami diheret sama Kathrine ke Elephant Trunk Hill. Hahahahahahahahahha silaplah suruh aku imagine lagi. Aku tak nampak langsung elephant nya sebab dalam kepanasan. Apa pun imaginasi tak muncul. Ramainya umat jangan cakap. Dorang ni tak panas ke ek. Aku ni kalau boleh terjun ke dalam tasik tu dah lama dah kuak lentang. Kami jalan kaki ke bangunan moon pagoda berhadapan sahaja dengan elephant trunk hill itu. Kathrine kata, malam lagi cantik sebab ada lampu. Kami pun macam haaa, takpa Kathrine! Dah tengok dah! Cukup! Hahahahahaha semua dalam kelemasan kepanasan. Semua dah berzikir untuk check in hotel.
Okay kami check in hotel yang sama kami check in memula tiba di Guilin. Oh my hotel! Akhirnya! Aku suka hotel ni sebab luas dan katil dia empuk...
Again, Alia mendobi lagi dalam bilik air. Alia is cannot with stinky things.
Comments