Episod 1 - Kasih di Bumi China

Aku baru sahaja selesai mesyuarat yang tidak pernah kenal erti untuk berhenti. Baru sahaja aku nak labuhkan punggung di kerusi, aku dipanggil untuk masuk ke bilik bos. Alahai, izinkanlah aku tarik nafas. Tapi apakan daya, kita turutkan sahaja. Aku bawa buku dan pen, bergegas masuk ke bilik bos. Tapi mata aku terus terpandang sosok baharu yang aku tak pernah nampak. Tapi aku hiraukan sahaja.

Rupa-rupanya bos panggil sebab aku ditugaskan untuk outstation ke China dan sosok baharu itu adalah individu yang akan membantu aku sepanjang berada di China. Nasib baik bahasa Inggeris dia mudah difahami dan bagi aku dia cukup fasih berbahasa Inggeris. Aku perkenalkan diri sebagai Lya dan nama sosok itu adalah Mikail. Ya dia warganegara China yang beragama Islam. Putih bersih kulitnya, tinggi dan tegap orangnya.

Selepas itu, kami bertemu beberapa kali sebelum ke China bagi menguruskan urusan dan persiapan semasa di sana. Lama-kelamaan keserasian itu muncul walaupun masih janggal antara kami.

Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, aku masih seorang. Tercari-cari juga Mikail dan rakan-rakan sekerja aku yang lain, aku rasa macam aku dah cukup lewat sebab penerbangan kami jam 12 pagi, jam di tangan menunjukkan jam 9 malam, dan sepatutnya kami dah perlu check in luggage. Sedang ralit tengok phone, aku terangkat muka untuk melihat keadaan sekeliling. Mata kami berdua terus melekat. Aku terus tundukkan muka, aku tak tahu kenapa, aura Mikail waktu itu sangat-sangat kuat sehinggakan aku malu bertentang mata.

"Assalamualaikum. Hai Lya." Aku pura-pura tidak gugup, dan sedaya upaya untuk menutup segan aku tapi gagal juga. Sebab aku senyum kalah senyum kambing. "Waalaikumussalam. You are late Mikail!" Muka Mikail waktu itu sebersalah sangat-sangat. Aku senyum lagi. Aduhai, magis apa yang Mikail guna ini! "No, lah. I'm just kidding. Have you take your dinner?" Dia senyum, dan aku tak tahu keseratusan kali senyum lagi. "Thanks for asking and yes, I dah dinner. You?" "I dah dinner also!"

Mikail ini dah lama menetap di Malaysia, dan dia faham sedikit bahasa Melayu.

Selepas itu, seorang demi seorang rakan sekerja aku yang sama kumpulan untuk ke China tiba.

"Mikail, I just saw the board there. Our flight delayed for 2 hours." "Are you serious?!" "Yes, go see the board. I tak tipu tau." Terus dia tolak bag dia kepada aku dan jalan laju ke arah board. Muka dia serabut betul aku tengok. Mungkin ganggu perancangan yang telah dibuat setibanya kami di China. "Lya, our flight delayed..." "Nevermind Mika. We can check in our luggage first then we can settle down anywhere before boarding."

Kami pun berpisah sementara bawa diri dan buat hal masing-masing. Aku selesaikan kerja yang masih tergendala dan yang perlu ditinggalkan kepada staf aku sebelum bertolak ke China. Mikail? Aku pun tak tahu dia berehat di mana. Waktu ini tak rasa kehilangan lagi...

Lebih kurang jam 1.30 pagi kami bergerak ke boarding gate. Tapi kelibat Mikail masih aku tak nampak. Puas kami call dia tapi tak diangkat. Aku tak nak nampakkan kerisauan aku maka aku buat macam biasa, walaupun dalam hati risau ya amat!

15 minit lepas itu, muncul Mikail dengan muka serabut blur dia. "Sorry sorry. I silent my phone because I was charging the phone." Aku tak kisah dia charge phone ke apa. Yang penting dia selamat...

Sedang kami menunggu nama dipanggil untuk masuk ke dalam flight, kami cuba menemu ramah Mikail, latar belakang dia. Aku macam biasa, pura-pura tidak berminat tapi telinga kanan aku sebesar kuali (Mikail duduk di sebelah kanan aku).

Seat kami jauh terpisah tapi aku tak berapa kisah sangat waktu ini sebab aku dah mengantuk sangat-sangat. Kami disidai dalam flight selama 2 jam kerana jam 4 pagi baru tayar bergolek. Sepanjang 6 jam penerbangan, aku tak makan langsung sebab Mikail pesan, jangan makan kalau was-was walaupun menu yang dihidangkan adalah Muslim Meal. 

Oh ya, kami ambil Air China.

Comments

Popular posts from this blog

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China