Episod 2 - Alia Jejak China Kesekian Kalinya

13 September 2024

Misi aku dengan Amie memang nak rekod sebanyak-banyaknya video dan gambar supaya boleh jadi konten dan simpanan. Dan salah satu sebab aku play along, aku tak tahu bila lagi aku ada peluang begini dengan Amie. 

Okay back to story.

Guilin panas bak hang. Aku tak tahulah nak gelak ke nak menangis. Aku yang hanya punya tulang belulang ini sampai ke tulang panas dia, macam manalah group members aku yang lain-lain. Kipas angin dipegang pun seperti tiada fungsi!

Tapi aku tengok penduduk Guilin aman damai tenang sahaja ya...

Oh ya! Tourguide kami comel! Nama dia Kathrine. Comel sangat, macam mak-mak lembut dia. Kathrine suka menyanyi. Dia kata penduduk di Guilin majority suka menyanyi. Pekerjaan utama penduduk di Guilin adalah petani, nelayan dan penternak.

Kami check out untuk check in hotel di Yangshou, 60km dari pusat bandar Guilin, kira-kira 2 jam perjalanan. Sebab dekat dengan tempat yang kami nak pergi untuk destinasi lawatan seterusnya. Pagi Jumaat, kami dibawa ke Masjid yang dibina pada tahun 1734 yang pada asalnya ianya adalah sebuah tokong. Tapi tokong ini berubah kepada Masjid pada tahun 1938 ketika Jepun datang menyerang Guilin. Kaum Han ketika itu bertindak dan menjadi barisan paling hadapan lindung Guilin. Permintaan ketua kaum Han ketika itu adalah menjadikan tokong itu sebagai pusat pertemuan kaum Islam di Guilin jika mereka berjaya melawan serangan Jepun. Dan akhirnya mereka menang dan berdirilah Masjid di Guilin sehingga kini.

Restoran kami sepanjang di Guilin sebelah sahaja masjid ini. Aku lupa nama masjid ini tapi bebetul area kawasan sekolah di selekoh jalan.

Selepas itu, kami dibawa menaiki bot di Li River (pemandangan di sini boleh nampak dalam duit 20 Yuen). Bagi aku yang sukakan scenery, tempat ini sangatlah untuk aku. Tapi aku memang ada masalah dengan air. Aku takut air hahahahahaha. So sepanjang naik bot besar, aku memang diam sahaja. Tak naklah kacau/spoil mood sesiapa. Bila bergambar sakan, aku join sahajalah. Cuma bila bot bergerak semula, aku kejung balik hahahahahahaha. Masalah Alia. Suka adventure tapi penakut banyak benda.

Aku sukalah Yangshou! Aku tak tahu berapa kali aku gelak berbunyi sepanjang di Yangshou. Knowing Alia, gelak dia tak berbunyi ya. Bebetul dia lepaskan stress di sini. Cuma kena tahan dengan panas. Muka aku dah berbahang, tak tahu berapa lapis sunscreen aku pakai. Yangshou ini terletak atas gunung tapi ada tasik keliling. Hebat kan?

Officemate aku pernah cakap, area Guilin memang payah nak cari Muslim Restaurant. Ya memang betul. Alhamdulillah, tak pernah lagi berlapar. Thanks to agent kami!

Check in hotel baharu area Yangshou. Ini lawak. Hotel dia ada dua bahagian tapi saling berhadapan. Ceh semua tarik keluar bag dari bas ke Bangunan A. Baru nak labuh punggung, ehhh rupanya bilik semua dekat Bangunan B. Dah, mengangkut macam ulat gonggok sorong bag ke Bangunan B.

Kemudian kami diberi pilihan sama ada nak join Impression of Liu Sanjie atau tidak. Amie tak mahu pergi so aku pergi dengan group members yang option untuk join the show.

Sumpah worth it every yuen you spent.

China jarang sekali untuk menghampakan bab-bab portrayed their heritage tau. If you are happened to be in Yangshou, wajib pergi show ini. Mereka semua adalah pelakon di malam hari tapi nelayan/petani/penternak di siang hari. Ya, mereka buat show atas air. Performance ini diarahkan oleh director yang sama direct persembahan untuk opening Olimpik Beijing 2018. Beliau juga rakyat asal Guilin. So dia rasa satu tanggungjawab untuk bangunkan ekonomi di Guilin. Show ini berdurasikan 70 minit plus minus yang ada 7 episod yang berlatarbelakangkan suasana di Guilin, combines the classical Liu Sanjie’s folk songs and ethnic group culture all together. Ada 3 etnik utama di sini. Tak silap aku, Meow, Yao dan Dang.

Siapa Liu Sanjie?

Liu Sanjie ini adalah legendary fairy yang mengikut kepercayaan penduduk di sini, goddess yang sangat berjiwa rakyat dan suara dia sangat merdu bila menyanyi. Sebab itu penduduk di Guilin sangat sangat sangat suka menyanyi.

Aku memang tak berkutik tengok show ni. Nak rakam pun sebersalah sebab takut terlepas parts yang best huhu. Tapi rekod lah juga cuma tak banyak. Seating dia macam seat stadium bola. Kami pergi waktu musim panas, so berkipas sana sini. Oh ya, kalau pergi waktu musim panas, ada makcik-makcik jual kipas sate di luar, sila beli! Sangat sangat sangat berguna!

Balik hotel time!

Baru masuk hari kedua tapi aku tak sanggup tak basuh baju. Gigih jugalah basuh baju, nak keringkan lagi. Sebab tak sanggup....

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China