Episod 1 - Alia Jejak China Kesekian Kalinya

11 September 2024

Alia dan China berpisah tiada. Nak kata taksub tidaklah. Tapi aku senang nak tangkap, hafal dan faham apa-apa yang berkaitan dengan China, lebih-lebih lagi sejarah mereka. Sememangnya aku memang suka sejarah, lagilah aku rasa dekat dengan China.

Masuk kali ini, alhamdulillah, 3 kali aku dah jejak ke China, 6 bandar yang berbeza. 3 kali ini masing-masing bawa pengalaman yang berbeza, cerita yang berbeza, perasaan yang berbeza.

Ah, Alia rindu.

Percutian aku ke China kali ini 6 hari 4 malam (12 September 2024 - 17 September 2024), Guilin Guangzhou. Sesungguhnya aku masih bekerja sedangkan esok pagi nak fly sudah. Maka, persiapan aku hanyalah 50% sahaja yang settled. Balik sahaja dari ofis, bergegas aku kemaskan itu ini. Tak banyak pun nak kemaskan sebenarnya sebab barang-barang ke China tempoh hari aku tak keluarkan sangat dari luggage. Cuma perlu rearrange semula.

Officemate aku dah pesan, bawa t-shirt sahaja since dia dah banyak kali pergi Guilin, dia kata sangat panas untuk bulan September. Maka aku menurut perintah. Baju aku bawa semua sama jenis, warna sahaja berbeza hihihi. Nak tengok aku melaram waktu hari perayaan, majlis perkahwinan, mesyuarat, erti kata lain, hari yang penting/hari yang meriah. Kalau travel, aku prefer untuk selesa dan kemas.

12 September 2024

Aku tak rasa nervous langsung, selalunya aku memang tak boleh tidur. Tapi kali ini, jam 11 malam dah gone. Oh ya, kami perlu berkumpul selewatnya jam 5 pagi. Jenis yang menurut perintah ini, aku dah booking grab 3 hari sebelum untuk gerak keluar jam 4 pagi. Pukul 2.30 pagi aku dah celik cerah mata. Buat air panas semua, settle kan apa yang patut. Macam biasa, kalau tak buka gelanggang dengan ibu, tidak sah ya. Tapi aku penat, maka aku tak banyak mukadimah nak beri hahahaha. Sayang ibu.

Sementara tunggu grab datang, Amie pun sampai. Ya, mama Amie dengan ibu tak boleh berjumpa. Nama pun sama, maka perangai pun sama. Yang tahu sahajalah tahu hahahahaha. Sayang mama Amie juga.

Dalam perjalanan ke KLIA 1, hujan selebat-lebatnya. Aku, takut hujan dan takut kelajuan. Aku mengantuk tapi gagahkan diri untuk tidak tidur. Kami sampai tepat jam 5 pagi di KLIA 1. Amie kata tour leader dah say hai dalam group siap bagi selfie. Gigih ya tour leader kita hahahaha. Aku jadi pemandu pelancong kejap untuk Amie wrap luggage dia sebab dia hilang ingatan segalanya fasiliti dan arah di KLIA 1. 

Misi seterusnya mencari tour leader kami di kaunter yang dia selfie!

Aku dah nampak dia dari jauh tapi was-was sebab muka dia macam orang Cina. Sampailah dia yang bagi salam, oh okay, betul lah tour leader kami. Long story short, kami berjumpa semula di satu checkpoint yang dijanjikan. Wah, ramainya! But knowing Alia, kalau dia tak biasa, dia akan diam, senyum pun tidak, pandang mata pun tidak. Ini kelemahan aku hihi. Bukan sombong tapi kitanya hati kecik hihihi.

Kumpulan kami ramai! Aku tak kiralah pula tapi aku pelik kenapa banyak banner, lebih kurang 4 kot. Waktu ni jujur aku cakap, eh salah group ke aku ni! Hahahahahaha. Tapi mustahil lah kan sebab tour leader dah sebut nama aku dengan Amie.

Waktu boarding, sebelah kanan aku adalah one of our group members tapi macam aku cakap, aku akan diam kalau aku tak biasa. So sepanjang perjalanan, aku diam. Tapi, "Sedap ek makanan dia. Ke sebab kita lapar?". Itu sahajalah aku bercakap dengan orang sebelah hahahahahaha. Amie kat sebelah? Lengan kiri aku kecik sebelah sebab member asyik genggam setiap kali turbelence. Oh ya, kami pergi ke China waktu Taufan Hunan melanda Vietnam. So lapangan udara Vietnam sangat tidak smooth. Banyak kali turbelence yang besar. Nasib baik perjalanan ke Guangzhou kejap sahaja, 3 jam setengah.

Alia semangat! Alia excited! Hai China! I am back again!

Waktu nak scan declaration, aku punya buat hal. Baru masuk passport, terus keluar resit. Dua kali aku buat. I was like ehhh, kau jangan memacam. China ni dahlah strict dia lain maciam. Waktu tu nak mengadu minta tolong pada siapa pun tak tahu sebab tak kenal sesiapa melainkan Amie. So melilaulah aku cari tour leader kami. "Hurm, saya punya dia keluar resit right after saya masukkan passport." "Awak sebelum ni pernah datang China ke?" "Ha'ah baru balik last 2 months". "Haaa, dia dah ada record awak dalam sistem." Rupanya aku kan baru balik dari China so details aku dah ada dalam sistem mereka. Wuuuuuu, saya tidak tahu...

Waktu di imigresen, banyak pula pegawai tu tanya aku. Mungkin sebab aku orang pertama yang lalu. Hai apalah nasib. Mujur lepas. Haaa, giliran ambil luggage. Alia buat drama bag lagi.

Punyalah lama aku tunggu luggage aku keluar, eh tak keluar keluar ya. Tapi bila aku nampak sahaja luggage aku keluar dari belt, ehhhh ada tangan lain yang cuba mengangkat luggage aku. Cukuplah drama abang bag di Korea, eh jadi lagi cuma kali ini di China. Mujurlah aku berlari tegur dia ehhh ehhh that's my bag! Haaa begitu. Dia pula senyum-senyum kambing. Takkan awak tak kenal bag sendiri yih!

Sambil aku menolong akak yang dalam group kami settle kan dia punya masalah dengan roaming, sambil itu tolak luggage memasing. Jejak sahaja keluar dari airport Guangzhou terminal 1 (terminal lama), berdesup bahang dia mat. Tak tipu mat. Bahang dia macam kau letak muka tepi panggang mat.

Sampai sahaja bas kami, aku terus aim seat 2nd row paling depan. Sebab dah ada pengalaman duduk belakang bas di China, pening.....

Tour guide kami comel, dengan bahasa Inggeris yang pekat dengan slang Cantonese, aku bolehlah tangkap siket. Kami bergegas untuk ke majid di Guangzhou (yang sebenarnya terletak makam Sa'ad Abi Waqqas) untuk jamak zohor asar. Team yang tak boleh solat bersiar-siar di sekitar. Tiba-tiba aku nampak a group of cats yang cantik cantik gebu gebu. Berlari aku terus ke situ. Tengah ralit main dengan kucing-kucing di situ, aku tak perasan aku berada di mana waktu itu. Rasa macam dah lama sangat aku mencangkung, aku pun bangunlah.

Hurm...

Depan aku ada satu rumah, kiri kanan macam...vibe kawasan perkuburan. Tapi pelik kenapa setiap kubur itu lapik dengan kain merah. Aku beranikan diri ke hadapan lagi sampai ke depan rumah. Nampak ada satu makam yang dilapik dengan kain baldu hitam dan ada orang arab sedang mengaji al-Quran di situ. Sempat aku ambil gambar dan send pada Mika, tanya tempat apa itu.

Tanah perkuburan lah beb. Hahahahahaha. Aku pusing sekeliling untuk cari kucing-kucing yang aku ralit main dengan depa tadi. Fuh nasib baik ada. Risau ya. Aku tak sempat nak ambil gambar nama masjid masa memula masuk so aku berlari cari signage kat depan sebab aku perasan ada translation. Dari situlah baru aku tahu itu masjid yang ada makam sahabat nabi Sa'ad Abi Waqqas.

Bergegas pula ke destinasi seterusnya iaitu makan!

Xinjiang vibe that I miss. Semua ada kecuali satay kambing. Ah, tetiba teringat Mika sebab dia selalu cakap, "Tara! Satay kambing for you!" Aku memang hantu kambing. Maka menu satay kambing selalu ada setiap kali makan sebelum ini.

Oh ya, pengalaman bergegas ke sana ke mari habis tamat di jelajah China tempoh hari. Oh tidak, mimpi ngeri berulang kembali. Tourguide kami urge untuk segerakan pergerakan sebab tiket train kami ke Guilin pada jam 8 malam. Dia risau kami akan stuck di traffic sebab waktu orang pulang dari kerja. Nak tambah parah lagi, kami perlu berjalan jauh sebab bas parking 10 minit berjalan kaki jauhnya dari stesen bullet train. Aku tak kisah sebab aku dah prepare mental. Cuma tak prepare bab kena angkut bag naik tangga tinggi sebab escalator rosak! 

Cut short story, aku dah ada pengalaman naik bullet train sebelum ini so aku terus aim belakang sebab nak letak luggage. Cuma luggage Amie sahaja yang muat so aku punya luggage terpaksa jugalah letak kat ruangan atas. Nasib baik aku tak bawa luggage favorite aku warna biru. Hahahahahaha. 

Sampai sahaja hotel di Guilin (besarnya hotel T___T), tak fikir apa, aku fikir nak tidur sahaja. Nak kumpul energy untuk esok hari. Tour leader ada post something dalam group ws. Tapi Amie sahaja yg rajin bacakan untuk aku. Sebab aku penat nak mengadap buka ws, confirm terpandang group kerja yang masih aktif.....

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China