Kami berlari sekuat hati dengan luggages yang semuanya besar-besar belaka. Tapi luggage aku yang paling besar sekali. Aku dahlah pakai mask, lupa nak buka, belum makan lagi. Macam nak mati dah rasa. Tiba sahaja di coach yang Mika bawa, kami nampak Harry terpinga-pinga di pintu coach. Tangan dia penuh dengan plastik air dan makanan. Akhirnya kami dapat masuk pun coach! Kami pun carilah seat masing-masing. Tapi aneh. Tempat duduk kami semua dah penuh dengan orang. Disebabkan tak nak sesak di ruang tengah, kami pergi ke ruang depan pintu. Harry dengan Mikail bertekak sesama sendiri. Aku dapat agak salah coach tapi aku diam sahaja sebab dah penat sangat. Perjalanan pulang ke Beijing ambil masa 2 jam. Takkan nak berdiri sahaja selama 2 jam. "Everyone, we are in the wrong coach. Sorry sorry. We will move to another coach after the train stop at the next station. We need to go out first as this coach is not the same joint with our coach. We will go to the nearest coach that same joint th...
"Cantik." Aku tak tahulah aku terlalu dalam mood angau ke apa sampai semua benda yang didengari indah-indah belaka. Nak pastikan apa yang aku dengar itu betul, "What? What were you saying just now Mika?" "I didn't say anything." Mika jawab. "Wooo, cantik....." Aku pusing belakang, mencari pemilik suara berkenaan. Oh, clique aku. "He said you cantik. Wooooo." So! Betullah apa aku dengar! "Can you say it again Mika?!" "What?" "You said I cantik just now!" "No." "Yes!" Mika diam sambil scroll gambar entah apa dalam phone dia. "Tak nak share sudah!" Terus aku pergi ke tempat lain. Lantaklah Mika! Tak nak share tak apa. Aku bawa diri ke satu tempat yang boleh aku ootd, tapi itulah, orang yang selalu ambil gambar aku hari ini, aku sedang jalankan mogok. Menyesal pula. Aku mintalah tolong orang yang lalu lalang di situ. Gigih. Dalam merajuk tu, melilau juga mata aku cari dia. Dia ...
"Lya". Aku dengar dan aku dah kenal itu suara siapa tapi aku pepura tak dengar dan tak sahut pun. "Lya." Kali ini lagi kuat suara dia. Aku penat nak dera manusia sebab untuk apa. Bukan dia tahu pun apa aku rasa. Suka sangat bagi mix signals pada aku. Aku balas lah balik! "Ya, Mika?" "Look here." Aku pun pergilah ke tempat yang dia tunjukkan itu. Sebenarya aku tak berminat pun tapi nak jaga hati lelaki yang lupa nak jaga hati aku ini, "What is that?", aku tanyalah, responlah juga perbualan yang cuba diusahakan oleh lelaki ini. "I don't know huhu." See. Nampak tak. Aku tak tahu motif dia. Kalau minat cakap minat. Kalau tak nak, cakap tak nak. Nak kata tak pernah ada pengalaman couple, pernah kot dengan orang Malaysia! Geram aku lelaki ini lah. Tiba-tiba aku dikerumuni anak-anak dan kanak-kanak remaja yang teruja nak bergambar dengan aku. Mungkin mereka excited tengok kami dan aku sahaja yang kelihatan seperti approacable. Zh...
Comments