Episod 2 - Kasih di Bumi China
Akhirnya kami selamat tiba di bumi China. Aku tak tahu berapa banyak air liur basi yang keluar sebab sepanjang penerbangan aku tidur mati... Tapi aku cerdik! Face mask adalah penyelamat segalanya!
Kepala aku terus panjang mengintai ke hadapan, tercari-cari Mikail. Eh! Dia tengah pandang di belakang juga! Aku cuba untuk tidak angkat tangan lambai Mikail. Seakan-akan alam melawan hukum hati aku. Mikail yang lambai aku. Lya...........Kuatkan hati anda! Aku berkira-kira patut ke tidak aku lalu melepasi dia sebab dia sepertinya tak nak keluar sebelum kami semua keluar dari kapal terbang. Sekali lagi, terima kasih kepada face mask aku! Berjaya untuk menyembunyikan muka aku yang sudah merah menyala.
"Morning Mikail!" "Morning Lya, Assalamualaikum", sambil senyum mata sepet dia itu.
Lya, kau kuat! Jangan jatuh lagi! Bangun!
Kami perlu melalui kaunter layan diri untuk dapat kod pengesahan passport sebagai pelancong ke China. Lama juga aku di situ sebab mesin itu tak dapat detect cap jari aku.
"Mika...The machine cannot detect my fingerprints..." Aku tak sengaja meleretkan nada suara aku tapi aku memang nak menangis dah sebab cliques aku semua dah lepas tapi aku tidak. Wah, seakan ada general yang datang menyelamatkan aku. "Lya, here. Use this machine instead." Ya, dia tunggu aku sampai aku berjaya melepasi pengesahan cap jari itu. I feel secured... Tak kisahlah waktu ini dia bertindak sebagai wakil syarikat yang menguruskan trip kerja kami ini tapi aku betul-betul rasa selamat.
Selingan: Setiap wanita yang berdikari, kami cuma perlukan seseorang yang boleh menjadi ketua bukan pengikut. Kami sudah penat untuk berdiri sendiri, fikir semua sendiri. Bila ada seseorang yang boleh memimpin kami, yang boleh fikirkan semuanya untuk kami, kami automatik jadi seekor kucing.
Selepas selesai semua proses yang sulit di imigresen, ada individu lain yang sedang menunggu kami di balai ketibaan. Beliau adalah bos kepada Mikail, Harry. Sama muda, sama tinggi. Cuma agak blur, dengan cermin mata jatuh di hidungnya. Tapi sangat ramah dengan senyuman, tidak seperti Mikail, senyum bila perlu.
Ketika hendak naik bas, aku berkira-kira sama ada masuk dahulu atau masuk kemudian. Sebab aku nak tahu Mikail akan duduk di mana. Tapi sebab dia sedang susun bag, dan kami perlu kejar masa, aku korbankan rasa aku dengan duduk di bahagian belakang...
Sebenarnya kami sudah lewat 3 jam dari perancangan asal. Lunch kami pada hari ini adalah sarapan pagi kami dan makan tengahari kami juga. Agak terkejut dengan jumlah menu yang disediakan. Kami makan tak ingat dunia sebab dah kelaparan. Aku tak tahulah orang Cina memang makan laju atau orang Cina dari China sahaja yang makan laju. Kami perlu segerakan kelajuan makan kami kerana sudah lewat untuk ke Forbidden City.
Sesudah check in di hotel, kami bergegas pula ke Forbidden City yang pagarnya tutup jam 4.30 petang. Ketika itu jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Kami tiba di Forbidden City sekitar jam 3.30 petang. Aku dapat arahan untuk berlari ke pintu masuk. Menurut perintah dan aku berlari macam orang gila meninggalkan cliques aku yang lain. Dan aku terpisah dengan mereka di tengah lautan manusia yang ramai dan panas terik yang melampau. Aku cuba patah balik melawan arus tapi ditengking penjaga di situ kerana mereka perlu tutup pintu. Aku cuba call semua orang menggunakan wechat call tapi tiada siapa yang angkat. Dan aku lupa add Mikail as friend. Wechat ini satu perangai, kita perlu add mereka dan approved as friend barulah kita boleh call/text/video call orang itu.
Aku tunggu di salah satu pintu gerbang dengan harapan, mereka angkat call aku. Hampir give up sebab air tiada dan panas terik. Akhirnya! Panggilan aku dijawab. Nak menangis sebab mereka ramai tau... Kalau mereka sesat sekalipun, Mikail dan Harry ada bersama dengan mereka. Mungkin muka aku ketara nak menangis, cuba sejukkan keadaan dengan menawarkan diri untuk beli mineral water.
Sedang kami berehat setelah kepenatan mengejar benda yang tak pasti (kami masih jetlag maka banyak keadaan yang belum fully digested), aku terpandang sepasang itik mandarin sedang berenang di depan tasik Forbidden City. Rakan sekerja aku berseloroh, "Lya! You kan tengah cari pasangan. This is a auspicious sign tau bila nampak itik mandarin sepasang. Since the species hampir pupus." "Alamak kalau I terjumpa dekat sini maksudnya I punya jodoh orang China lah!" Aku cuba mencari Mikail tapi dia sibuk dengan phone dia. Hampa di situ. "Kenapa, you ada minat someone kah?" "Eh, no lah." "Then find someone lah. Mikail or Harry ke?" Alamak, macam mana lah dia boleh teka tepat ni! "Tapi I segan lah." "If you tak cuba sampai bila-bila you tak tahu. I can help."
Aku tak tahu aku desperate atau apa tapi aku dah penat nak tunggu. Baiklah aku gerakkan. Maka aku pun anggukkan sahaja tawaran itu...
Dalam perjalanan menuju ke bas, aku tak perasan Mikail berjalan di belakang aku. Aku malu nak tegur dia lagi sebab dia selalu tatap phone dia. Dalam bas, semua kepenatan. Waktu dinner pun semua tak banyak cakap sebab penat masih tak hilang. Setibanya di hotel, semua gone. Otak cuma fikir untuk persiapan kerja esok harinya.
Usai bersihkan diri semua, letak kepala di atas bantal yang super empuk...
Tingg!
Mata berat nak pandang skrin telefon. Tapi gagahkan juga. Ada notification wechat. Ah, mungkin info untuk esok hari. Tapi bukan...
Mikail approved you as a friend. Let's chat together.
Notifikasi yang buatkan aku senyum lebar sebelum lena dibuai mimpi indah. Ah bestnya ada momen begini semula...
Comments