Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 2 - Madinah)

Holla! Assalamualaikum semua! Aku pecahkan kepada beberapa entri sebab panjang sangat. Nanti meleret mata nak baca hihi. Entri kali ini khas untuk ziarah ke Madinah ya.


Aku tak sentuh sangat pasal lawatan di kota Mekah sebab aku nak kalian rasa sendiri pengalaman, indahnya, hibanya, kagumnya, sayunya rasa berada dekat dengan tapak-tapak peninggalan Nabi Muhammad SAW ketika baginda masih hidup. Ambil peluang untuk buka kembali lembaran sejarah kisah nabi sebelum melaksanakan ibadah Umrah, sebab kalian akan lebih rasa feel nya, inshaaAllah. 


TAWAF WADA/WIDA


Sebelum meninggalkan kota Mekah untuk ziarah ke kota Madinah, jemaah wajib melakukan Tawaf Wada/Wida. Allahu, sehari sebelum nak tinggalkan kota Mekah pun dah berat hati, apatah lagi ketika nak lakukan Tawaf Wada. Berat hati nak melangkah tapi perlu pulang. Mula solat Subuh hati ini dah berat, takmau say bye bye. Lencun telekung tapi dapat cover dengan hingus selsema 😎 (aku dah mula selsema ketika ini). Hati inikan memang mudah tersentuh tapi di kota Mekah ini tersentuh dia another level. Like tak nak balik boleh ke? Siap mention pada Mutawwif, kalau ada kosong kerja, aku nak apply. Waktu Tawaf, dapat tahan kejap air mata. Tapi waktu solat sunat tawaf depan Kaabah itu tak dapat tahan dah. Menangis semahunya. Dan kuasa Allah, ada nenek tua di sebelah aku tiba-tiba urut usap peha aku seakan memujuk aku. Aku fikir waktu tu, nenek ni salah urut peha rasanya 😅 Dia nak urut peha dia tapi terurut peha aku hihi.


Kerdil sungguh diri ini. Tak pernah mimpi pun nak pijak tanah haram ini tapi Allah masih nak jemput aku sebagai tetamu rumahNya. Kau tak rasa malu ke? Malu segan semualah. Flashback semua dosa-dosa yang pernah kau buat. Allah, aku rindu. Bumi Mekah dan Madinah memang jadi saksi paling banyak air mata aku pernah keluar sepanjang aku hidup. Kenangkan dosa lampau dan beban yang ditanggung. Penat ya hidup di dunia ini tapi Allah jemput aku ke rumahNya just right at the moment bila memang aku bebila nak give up dah ni sebenarnya. Alhamdulillah.  


Ada pendapat, tak boleh buat apa-apa selepas lakukan Tawaf Wada (ambil gambar, shopping, tidur bermalam) dan terus ke Madinah atau ke luar kota Mekah. Tapi ada juga pendapat boleh lakukan semua ini kecuali tidur bermalam. Wallahualam. Ikut Mutawwif memasing ya.


Ke bumi Madinah, rumahnya Nabi Muhammad SAW...


Mengambil masa 6-7 jam perjalanan menaiki bas dari kota Mekah ke kota Madinah. Di Madinah, sila bawa tali untuk ikat badan anda di mana-mana 😆 Angin dia kuat Subhanallah. Kuasa Allah juga, panas tapi tak panas. Sejuk tapi tak sejuk. Yang penting, sentiasa berdoa pada Allah dipermudahkan segala urusan. InshaaAllah.


Di sini, selalunya jemaah yang datang dari Mekah ramai dah tewas hihi. Sebab all out di kota Mekah, maka badan tak dapat tampung kepenatan, senanglah terkena penyakit. Ditambah faktor ramai orang, maka badan kita kerja kuat untuk melawan virus. Di sini aku culture shock lagi hihi. Sebab di kota Mekah, semua berlumba-lumba, semua jalan laju, semua bendalah harus cepat dan pantas. Tapi di kota Madinah, lemah lembut lemah gemalai semuanya hihi. Di sini, 15 minit sebelum waktu solat masuk pun masih boleh menyelit dan ada ruang untuk solat. Sungguh.


Nak tahu jemaah mana yang baru tiba dari Mekah? Yang bawa beg kasut sekali ke tempat solat hihi. Waktu solat memang macam batuk berirama sebab jelas bunyi batuk since bebudak bawah 10 tahun tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid. Masjid Nabawi ini adalah rumah baginda Nabi Muhammad SAW dan juga makam baginda. Sayu hati setiap kali masuk masjid Nabawi. 


Raudhah?  Masuklah, jejaklah, rebutlah peluang. Namun jaga adab, jangan teriak menangis terlolong terlalang. Bagaimana adab kita ziarah makam/jenazah, begitulah kita harus lakukan ketika berada di Raudhah. Bagi jemaah lelaki, mereka mempunyai banyak kelebihan. Boleh solat Fardhu di kawasan Raudhah, boleh ziarah makam Rasulullah SAW bebila masa, boleh ziarah kawasan perkuburan Baqi yang menempatkan makam-makam ahli keluarga Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda, para ulama'. Bagi jemaah wanita pula, hanya terhad untuk berada di kawasan Raudhah mengikut permit/booking di aplikasi Nusuk (waktu pagi 8-10 dan waktu malam 8-10 sahaja). Diingatkan bahawa kawasan Raudhah adalah dalam tiang yang bergaris 3 sahaja. Ramai jemaah silap dan salah sangka bahawa kawasan selepas birai putih itu semuanya Raudhah. 


Di Raudhah, kalian akan auto sebak auto sayu auto menangis. Sebagaimana kau rasa tak layak jejakkan kaki di kota Mekah dan solat di depan Kaabah, begitulah kau akan rasa bila dapat jejak depan makam Rasululullah SAW. Kau nampak sahaja nama baginda diukir di dinding makam baginda, hati ni pilu rasa. Pilu rindu sayang yang tiada penghujung walau tidak pernah berjumpa.


Jika ada rezeki untuk sujud lama, sujudlah lama-lama. Sebelum itu, berikan salam anda pada Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab dengan lafaz, 'Assalamualaika ya Muhammad, ya Habibullah, ya Rasulullah', 'Assalamualaika ya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq wa Assalamualaika ya Saiyidina Umar Al-Khattab'. Kemudian barulah sampaikan salam yang dikirim dari orang lain kepada Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saiyidina Umar Al-Khattab dengan lafaz, 'Aku sampaikan salam daripada mereka yang mengirim salamku kepada ya Muhammad, ya Habibullah, ya Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga Saiyidina Umar Al-Khattab. Semoga salam ini sampai terus kepada kamu semua. InshaaAllah.'


Di kota Madinah ini selain dari mencari peluang untuk beribadah dalam masjid Nabawi dan ziarah makam Rasulullah SAW serta taman Raudhah, banyak tempat-tempat bersejarah yang dekat sangat dengan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat. 


Sebelum tinggalkan kota Madinah, jemaah perlu lakukan Ziarah Wada/Wida. Tiada larangan/pantang larang. Ketika ziarah, doalah supaya ini bukan ziarahmu yang terakhir, semoga kita dapat ziarah Rasulullah SAW lagi. Jika tiada rezeki, semoga kita dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW di syurga Firdaus, inshaaAllah. Semoga kita mendapat syafaat baginda.


Semoga yang membaca ini dapat menjejakkan kaki ke kota Mekah dan kota Madinah. InshaaAllah Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 3 - Persiapan)

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 1 - Mekah)