Posts

Showing posts from November, 2022

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 3 - Persiapan)

Assalamualaikum semua! Entri kali ini khas untuk persiapan bakal jemaah ya. Ada yang terkurang terlebih maafkan ya. SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH (DOKUMENTASI) Buat passport/renew passport. Renew online ya sekarang, untuk yang baru nak buat passport sahaja kena buat secara fizikal di jabatan imigrisen. Tapi yang online inilah yang paling menggugat keimanan hihi. Bertabahlah ketika nak upload gambar passport itu ya. Keberangkalian untuk kau berulang-alik betulkan sizing gambar di kedai gambar itu sangat tinggi. Ini laman web untuk renew  https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main  Visa umrah. Ini disediakan travel agent. Kalau persendirian itu tidak pasti. Suntikan wajib ; Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine (Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci. Suntikan wajib untuk semua jemaah - arahan pihak berkuasa Arab) Suntikan tambahan (pilihan) ; Influenza Vaccine (Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci) Suntikan-suntikan ini ada pakej

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 2 - Madinah)

Holla! Assalamualaikum semua! Aku pecahkan kepada beberapa entri sebab panjang sangat. Nanti meleret mata nak baca hihi. Entri kali ini khas untuk ziarah ke Madinah ya. Aku tak sentuh sangat pasal lawatan di kota Mekah sebab aku nak kalian rasa sendiri pengalaman, indahnya, hibanya, kagumnya, sayunya rasa berada dekat dengan tapak-tapak peninggalan Nabi Muhammad SAW ketika baginda masih hidup. Ambil peluang untuk buka kembali lembaran sejarah kisah nabi sebelum melaksanakan ibadah Umrah, sebab kalian akan lebih rasa feel nya, inshaaAllah.  TAWAF WADA/WIDA Sebelum meninggalkan kota Mekah untuk ziarah ke kota Madinah, jemaah wajib melakukan Tawaf Wada/Wida. Allahu, sehari sebelum nak tinggalkan kota Mekah pun dah berat hati, apatah lagi ketika nak lakukan Tawaf Wada. Berat hati nak melangkah tapi perlu pulang. Mula solat Subuh hati ini dah berat, takmau say bye bye. Lencun telekung tapi dapat cover dengan hingus selsema 😎 (aku dah mula selsema ketika ini). Hati inikan memang mudah terse

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 1 - Mekah)

Assalamualaikum semua! Lama tak jumpa ya. Aku sibuk dengan duniawi, maka banyak benda aku ketinggalan termasuklah mengisi kesepian rohani aku. Entri kali ini aku akan kongsikan serba sedikit pengalaman aku mengerjakan ibadah Umrah (semoga Alia dikurniakan Umrah Mabrur, Amin). Dan harapnya perkongsian ini dapat menjadi salah satu medium untuk dijadikan rujukan bakal jemaah umrah yang dikasihi Allah sekalian. Bismillahirahmanirahim. Sebelum itu, para bakal jemaah yang dikasihi Allah, sebelum mengerjakan Umrah, perbetulkan niat dahulu. Ingat, Allah bayar cash di sana 😀. Mukadimah. Aku membuat persiapan dari segi mental dan fizikal berperingkat untuk mengelakkan cultural shock. Dari sehari ke sehari aku cari rujukan untuk tambah ilmu, beli barang-barang kelengkapan Umrah untuk ahli keluarga yang lain termasuk aku, dan kelengkapan serta persiapan rohani. Siapa tak takut pergi tanah haram, bukan? Aku nasihatkan para jemaah untuk sediakan kelengkapan Umrah sedikit demi sedikit. Elakkan darip