Kembara Alia ke Seoul - Hari Pertama

Hari pertama bersamaan 19 Februari 2017.

Flight kami pukul 7.30am so ibu aku suruh keluar awal pagi buta since flight pagi lagi ramai orang, tak nak stuck memana. Memang tak boleh tidur lah cerita dia, nervous nak mati dia lain macam. Sebab first time travel oversea without parents, domestic selalulah. Then, nak melawat, menghirup udara sama dgn bakal suami tercinta HAHAHAHAHAHA.

Malam tu dapat tidur sejam je kot. Like 11pm-12am sebab nak finalize packing barang, nak masukkan satay kesayangan Shahrul (nak ampu Shahrul) HAHAHAHAHA. Keluar rumah pukul 2 pagi lebih. Sampai airport setengah jam kemudian. Gedebak gedebuk kami dah dalam perut kapal terbang. Kami ambil 40kg pergi dan 60kg balik (lupa nak bagitahu). Since kami tak subscribe for meals, so kami bawa bekalan ke atas, tapi tergugat jugaklah dengan bau nasi lemak AirAsia ni HAHAHAHAHA. Akhirnya kami terbeli~

Majority pramugari pramugara AirAsia semuanya bangsa Korea (cantiknya lahai dorang ni). Memula excited jugaklah bila dengar sana sini semuanya cakap bahasa Korea since majority penumpang adalah bangsa Korea. Tapi aku annoyed dengan family Korea depan aku sebab anak-anak dia tak reti duduk diam. Kami nak mengelakkan kebosanan setelah bangun tidur bangun tidur bangun tidur tak sampai-sampai lagi, terbitlah idea main Bingo -___-

Duduk dalam flight yg seperti tiada penghujungnya membuatkan tenaga aku makin cepat drained. Bayangkanlah, buat satu benda terus terlelap. Bercakap kejap, then tidur balik. Berulang kali sampailah flight melabuhkan punggungya di Incheon, Seoul, Korea. YEAYYYYY.

Kami punyalah pakai baju kemainlah tebal, tengok orang Korea yg lain, amboiii kemain nipis, kalau boleh nak umpamakan, macam dorang ni kulit kerbau ataupun pergi musim panas.

Ibu ada pesan, Korea ni lain macam pantas dia. Semua benda nak pantas. Memula macam biasa, aku iyakan sahaja since aku ingat tu benda biasa. TAPI SILAP WEY MEMANG BEBETUL PANTAS LAJU NAK MATI MACAM SELALU KENA KEJAR HANTU YG TAK NAMPAK HAHAHAHAHA. Turun flight nak pergi ambil bagasi kena naik shuttle train. Kami ni pepura macam tahu aje, so ikut sahajalah flow orang lain. Masuk je train, aku pelik kenapa semua tak pegang palang. Dan palang dia boleh kira ada berapa, tak banyak. So aku berpautlah kat memana palang yg dapat aku capai. Train dia tak nak laju lagi, tapi orang Korea steady relax chill je main handphone berdiri tak pegang apa-apa. Salute beb.

Lepas dah ambil bagasi memasing, keluar pintu utama. Woa, dalam diam hati kata, inilah tempat Jongin selalu keluar (tapi cakap dlm hati aje sebab tak suka tunjuk sangat HAHAHAHAHAHA). Mata melilau-lilau cari kelibat Shahrul, tapi tak jumpa. Rupanya dia terselit kat tepi sambil pegang banner UMRAH KPOP. Budak ni serious savage nak mati. Tapi hati dia baik, jangan risau. Itu bahasa ketiga dia, kau kena faham HAHAHAHAHA.

Shahrul terus belikan T-Money untuk kami. Harga T-Money 4,000won dan kami topup 30,000won seorang dahulu. T-Money boleh topup di memana 7E dan CU Mart (make sure ada sign utk topup ya). Kami pergi ke Bong House naik subway instead of bas sebab lagi murah. Selagi selesa dan affordable, itu adalah pilihan kami!!! HAHAHAHAHA

Orang Korea suka tengok lelama kat kami mungkin sebab kami bertudung. Dalam subway tu kami buat hal kami sendiri even though dipandang seperti alien oleh rakyat Korea HAHAHAHAHA. Lagipun dorang busy dengan handphone memasing manjang.

Satu culture Korea ni, subway dorang macam tak ada orang sedangkan waktu tu orang pack nak mampuih tapi sebab semua diam menyepi, jatuh air mata pun boleh dengar (MENIPU). Mana taknya, semua dok tunduk je main dengan handphone memasing (since kau masuk dalam tandas pun dalam wifi, apatah lagi tempat open). Kengkadang aku tengok bukannya dorang buat apa pun, ada pulak tu sekadar nak scroll gallery gambar handphone sendiri. Takpalah, itu budaya dorang, kena hormat HAIP!

Sambung balik cerita.

Dari airport Incheon, kena transfer ke line 2 (hijau) then line 4 (biru) turun dekat Hyehwa Station since station tu paling dekat dengan guesthouse kami. Memula memang kau akan terbit rasa menyesal kenapalah kau gatal nak pergi Korea, sebab sungguh, nak fahamkan flow Subway dia, nak menangis!!

Dan...

BANYAK GILA TANGGA. Aku rasa balik Korea benda paling aku ingat adalah tangga tangga tangga tangga tangga HAHAHAHAHAHAHA.

Lagi satu culture Korea, semua benda serba pantas. Kalau kau rasa kau dah cukup laju berjalan, kau pergi Korea, kau double or triple kan speed normal kau. Sungguh aku cakap, sebab jujur, aku jenis jalan laju. So aku terkejut, sungguh, sebab aku macam berlari jugaklah sepanjang kat Seoul. Bagi rakyat Korea, terumanya di bandar, masa itu emas. Kau lambat sesaat, dah kena potong gaji. WALAUPUN KERJA JADI GUARD. Kalau kau nak take sweet time, guna lane kanan. Kau guna lane kiri, siap sedia kena berdengus atau pun dipandang tajam oleh rakyat di sana. Kalau kau jenis yg slow walker, bersiap sedialah kena belasah dengan rakyat sana. In other words, takyah beranganlah nak pergi sana. Practice jalan laju dulu.

Highlight of the day!

Waktu nak naik tangga di subway Hyehwa Station, Shahrul tolong Amie utk angkat beg dia, Sabrina pulak beg dia ringan. Aku pulak terhegeh-hegeh angkut beg aku ya ampun beratnya! Tengah mengah nak daki tangga berjuta, ditambah lagi dgn suhu negatif time tu, tak cukup oxygen lah jawabnya. Tetiba ada orang pegang tangan aku. TERKEJUT WEY TAK TIPU. AKU BARU PERGI NEGARA ASING TAK SAMPAI SEHARI DAH ADA ORANG BERANI SENTUH AKU, FLYING KICK KANG! Tapi kejap je feeling ala-ala heroin tu sebab semuanya terpadam lupus lumat bila terpandangkan muka si pemilik tangan yg pegang tangan aku tu...

Muka dia macam Luhan T_____T Dia tolong aku angkat beg aku T___T Aku cakap, "Eh tak apa". Padahal aku lupa tu aku kat Korea dah. Then dia menonong laju ke atas, aku pulak terkejar-kejar nak ikut speed dia. Bila dah sampai atas, dia senyum, belum sempat aku nak cakap, "Thank...", dia dah bla. Ada lah 1 minute aku freeze di tetengah lautan manusia kat situ sebab nak process apa yg sedang berlaku sebenarnya. Dahlah tengah sejuk nak mati, lagi brain freeze aku.

Sebenarnya sampai sekarang perasaan tu ada lagi.

Lepas settle down kemas barang semua, kami berempat makan dengan Nadirah (kawan sekolah rendah, kat Malaysia kemain susah nak jumpa, tetiba jadi reunion sekolah rendah di Seoul). Oh, konsep guesthouse kami, 6 orang satu rumah, group aku dgn group Anis. group Kakyong atas rumah kami (since Korea punya konsep rumah berbukit). Rumah kami ada bilik air sendiri, singki, sterika, dapur, peti ais. Seronok aku setiap kali nak masuk memana guna pin code instead of guna kunci (maafkan keterujaan kekanak aku).

Selesai hari pertama~ Balik dr makan tu semua terbongkang sebab tak cukup tidur.

Kita jumpa di hari kedua okay!


Comments

Popular posts from this blog

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 3 - Persiapan)

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 2 - Madinah)

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 1 - Mekah)