Kembara Alia ke Seoul - Hari Ketiga

Hari ketiga bersamaan 21 Februari 2017.

Pulau Nami Day!

Nak ke Pulau Nami, kami naik subway dari Hyehwa Station, turun ke Dongdaemun heading to Sangbong then ambil ITX ke Gapyeong Station. Kena ambil ITX utk guna T-Money. Disebabkan aku tak adalah minat sangat Winter Sonata, so aku menghayati scenery dia yg cantik sahajalah. Tak adalah aku nak, oh ni tempat lelaki tu kayuh basikal, oh ni tempat first kiss dorang, oh ni tempat itu oh ni tempat ini sekian sekian.

Waktu kami datang ke sini, ramai jugalah rakyat Malaysia. Aku ada lah dua tiga family yg aku senyum dan bagi salam, disambut baik. Ada juga yg muka masam mencuka macam kena paksa pergi bercuti. Padahal sama negara pun nak menyombong, aku tak faham. Mungkin baru lepas kena ketil dengan mak kot HAHAHAHAHAHAHA.

Instead of menghayati bait-bait memori sejarah Winter Sonata, aku menghayati sejarah Pulau Nami tu sendiri. Tapi tak sempat nak cover banyak even though pulau tu kecil sahaja but since masa terhad. Kemudian group kami sahaja yg tak join masuk Petite France since suhu time tu aduhmak, memang 5degree but dekat bukit, suhu sejuk dia lain macam, sampai tulang hitam. Aku mengigil sampai tergigit lidah HAHAHAHAHAHA. So group kami lepak kat CU Mart depan tu sambil makan makanan dibekal, nasi putih dgn sambal ikan bilis.

Meja terhad so ada waktu tu ada satu couple tengah cari meja. Aku senyum kat lelaki tu since nak bagi isyarat, 'Duduklah meja ni, banyak lagi kerusi and ruang utk guna'. Lelaki tu obviously nak senyum balik, tapi dia terus matikan senyuman bila girlfriend dia pandang. HAHAHAHAHA. Acah macho lah tu takut gelpren?? Obedient sangat~

SILAP BESAR AKU BAGI DORANG DUDUK MAKAN SITU SEBAB TENGKUK AKU SAKIT. Mana taknya, sepanjang dorang duduk situ, aku terpaksa manjang tunduk since depa dok ber-sweet-sawit depan aku, makan bersuap, cakap bisik-bisik. EKAU INGAT DEN PAHAM KO EKAU CAKAP?! Aku doa dalam hati janganlah dorang over acting dr tu since aku takut aku terbalikkan meja je nanti HAHAHAHA dengan sejuk membekunya lagi.

Lepas balik dr Nami Island and Petite France, kami terjah Viva Polo! Yeahhhh, Chanyeol Cafe! Sungguh aku kenal mak Chanyeol. Tapi bila in real life, aku sendiri terkejut aku tak kenal mana satu mak Chanyeol. Dorang macam biasa dok bertolak-tolak nak masuk ke tidak nak masuk ke tidak dalam cafe. Cafe dia tingkat atas, so aku naiklah dulu since aku tak rasa nervous nak naik HAHAHAHAHA. Aku masuk je cafe, there's one lady approached me saying 'welcome' in Korean. Aku senyum jelah berdiri tegak sebelah dia. Dia tanya berapa orang, then Kakyong yg jawab 9 orang (ya, aku 2 orang je time tu, yg lain masih bertolak-tolak di luar, mungkin).

Then staf cafe tu arrange kan meja. Amazed jugaklah since customers dalam cafe that time semua pandang kami. Aku tengok jelah dorang arrange meja sambil berdiri sebelah lady tu. Mata melilau jugaklah tengok sekeliling. Dari ke tangga sampailah ke dalam cafe, penuh gambar Chanyeol, lukisan-lukisan or surat-surat daripada fans of Chanyeol. Then, aku dah lapar campur penat, aku duduklah satu kerusi kosong ni since meja tak siap arrange lagi. Terpandang satu gambar Chanyeol dengan mak dia. Aku tatap bebetul. Then tengok lady yg approached aku tadi tu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA RUPANYA LADY TU MAK CHANYEOL HAHAHAHAHAHAHA.

Berapa juta kali aku telan air liur sebab nervous LOL. Mak dia lagi kecil dan halus dan rendah drpd aku. That's why aku tak perasan. Huhu. Tak boleh nak ambil gambar, so memacam cara dan taktik dorang gunakan semata nak ambil gambar or video dalam cafe tu.

Next, supposed to be in itinerary, kena pergi Kamong Cafe which is MINE!! But aku dah tak larat sangat, nak seret kaki je rasa. Cafe laki aku tu nun hujung di Gangnam, tukar line oren lagi, sungguh saya tak larat~~~ Dengan berat hati daku melepaskan malam itu, hanya group Anis sahaja yg pergi Kamong since group Kakyong pun tak larat.

Balik tu party nasi lauk ikan bilis lagi since makan spageti kat Viva Polo Cafe tak puas LOL.

Kita sambung lagi kat entri seterusnya tau!




















Comments

Popular posts from this blog

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 3 - Persiapan)

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 2 - Madinah)

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 1 - Mekah)