Kembara Alia ke Seoul - Mukadimah

Sebelum aku teruskan penulisan aku, aku nak minta maaf awal-awal sekiranya penulisan aku kali ini ada yg mengandungi unsur-unsur takbur, riak atau timbul ketidakpuashati pihak-pihak tertentu. Aku sama sekali tak ada niat utk berbuat sedemikian, hanya utk berkongsi cerita dan pengalaman yg aku alami sendiri.

Cerita kali ini mungkin akan mengambil beberapa entri kerana terlalu banyak utk aku bercerita (dalam perancangan lagi, ikut mood dan kerajinan aku hihi).

Semua orang tahu aku hantu Korea. Katakan apa sahaja, aku mungkin boleh mencelah. Tak banyak mungkin suku aku boleh cover. Aku dah terjerumus dalam dunia Korea ni dalam kiraan kasar (since aku ni ada problem long short term memory), dah hampir 13 tahun jugaklah, since 2004, waktu tu aku darjah 4. Rasanya sebab drama Korea tapi yg pasti bukan Winter Sonata.

Aku dah cukup lali dgn orang berkata, "Kau kemain lama minat Korea, asal aku pergi Korea dulu ek?", "Apahal kau tak pergi Korea lagi?" dan sekian sekian waktu dengannya. Dah muak sebenarnya tapi apakan daya, tahankan sahajalah. Kalau bukan rezeki, kau ada 10 juta pun belum tentu kau dapat pergi.

Aku nekad by before 24, aku nak travel juga ke Korea. Alhamdulillah after 2 years saving, by this year on 23, AKHIRNYA AKU DAPAT MENJEJAKKAN KAKI KE TANAH AIR TERCINTA BAKAL SUAMIKU (Alia dan berangan tak dapat dipisahkan, bear with it please).

Thanks to my closest friend, Amie Ziana, who triggered me to pursue my dream. Dan Anis Maisara, my classmate dan angkatan tenteranya, yg sama kepala dengan aku dan Amie, berjaya akhirnya mereliasasikan hajat di hati yg dikepam sekian lamanya.

Kami menggunakan khidmat travel agency Kak Ila utk booking ticket flight ke Seoul berharga RM808 sekepala. Bajet yg kami bawa ke sana RM2,000 termasuk kos penginapan, pengangkutan dan makanan sebab kami stick pada plan iaitu konsep bajet backpackers dan student.

Kpop Tour kami ini macam terbahagi kepada 3 group. Group aku ada aku sendiri, Amie dan Sabrina, manakala group Anis ada Anis, Nisa dan Aten, kemudian group Kakyong (kakak Nisa) ada Kakyong, KakJid dan adiknya. Aku lagi bersyukur sebab ada kawan aku yg belajar di sana iaitu Shahrul de Kpop (sejak duduk sana, menjadi-jadi style kpop nya HAHAHAHAHA). Dialah yg jadi translator kami. Bahasa Korea kami faham cuma kalau laju sangat, memang harapanlah nak faham. Selalunya ada bantuan english subtitle atau pun komen di bawah HIHIHI.

Group aku pergi 7hari 6malam dr 19Feb sehingga 25Feb, turun di airport Incheon, manakala group Anis pergi dr 19Feb sehingga 26Feb, turun di airport Busan. Kami semua menginap di Bong House, thanks to Booking.com kerana memudahkan kami! Lokasi penginapan kami sangat strategik! Kau macam duduk di tetengah tumpuan orang ramai. Kiri kanan atas bawah ada tempat-tempat menarik yg kau boleh pergi dengan syarat kau rajin. Kalau tak rajin, bukak mata pun kau malas HAHAHAHAHA. 

Okay, aku nak sambung entri baru. Aku akan menulis ikut hari. Kalau rajin, follow lah ya. Kalau tak rajin, hurmmm, usaha tangga kejayaan.

Sebarang pertanyaan, jangan segan silu tanya di ruangan komen disediakan ya. Maaflah entri aku kali ini majority in Malay sebab nak feel tu lebih sedikit. HIHIHIHI.

Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China