Kembara Alia ke Seoul - Hari Keenam

Hari keenam bersamaan 24 Februari 2017.

Hari melawat syarikat-syarikat artist favourite dan hari membeli-belah!

Memula kami tiga orang turun dia Konkuk Station dulu jumpa Shahrul. Ceh, dah pro dah naik subway ni. Kaki aku sebenarnya dah mula kesengalan, jari kaki aku dah rasa macam bengkak.

Aku buat kerja gila tampal plaster bukak stokin depan JYP Entertainment sedangkan waktu kami tiba tu, ada van artist baru sampai and keluar manager siapa aku tak kenal. Aku tak kira, asalkan kaki aku selesa!

Then we're heading to old building SM Entertainment. Tak ada sesiapa pun kat sana melainkan mak cik cleaner. Bersapa dengan mak cik cleaner pun jadilah. Hey, semua peminat jealous tau dengan pekerjaan mak cik! Jangan memain!

Pergi BigHit Entertainment pulak. HEHEHEHEHEHEHEHE. Waktu ni Bangtan ada kat KBS utk recording music bank so kami tak dapatlah bertegur sapa HAHAHAHAHAHAHA. Ada lah selonggok sampah makanan instant, obviously Bangtan punya since semua tahu depa punya nafsu makan cemana. Since aku bukan fanatik tahap Sasaeng, so aku tak ada lah kutip sampah dorang tu HAHAHAHAHAHA.

Lalu di laluan wajib di Gangnam iaitu K-Star Road. Gua cakap sama lu. Lu kalau nak menapak kat Gangnam ni, lu pikir dua ribu ratus kali. Jalan berbukit dia ya ampunnnnnnnnnnnnn. Itu aje aku mampu cakap.

Then pergi Pledis kejap. Singgah jew. Sobs. Seventeen kat Jepun lagi time ni. T_____T

Menapak ke SUM pulak. Ada lah aku kutip tisu toilet dia sebebat HAHAHAHAHAHAHA. Wey tisu toilet dia lawa wey. Sementara Amie shopping sakan kat dalam SUM Market tu, aku lepak kat depan SM Studio. Obviously kosong tak ada orang, so aku geguling lah kejap kat situ since ada kusyen luas dia provide kat depan studio tu.

Aku nampak staff kat situ macam cacing kepanasan. Bangun duduk bangun duduk. Then ada staff lain datang, then datang lagi sorang. Aku yg tak tahu apa yg sedang berlaku, buat hal sendiri, belek majalah-majalah yg ada kat situ. Ada costume/baju tergantung depan aku, aku sentuh lah. DAH BALIK MALAYSIA BARU AKU TAHU ITU BAJU EXO PAKAI UTK MUSIC VIDEO DIA LOVE ME RIGHT EH?? *shotgun*

Back to staff story. Aku rasa tak sedap hati since apa yg aku tahu, EXO punya flight ke Manila petang dan kami di SUM pagi, kat parking ada 2 van artist besar. So.......kemungkinan besar, staff SM semua gelabah kabut sebab EXO nak turun kot. Yg aku ignorant teruk HAHAHAHAHAHAHA SORRY BEB.

Cuba teka destinasi seterusnya apa?? Cubalah teka...

Yeayyyy betul! ALIA AKHIRNYA BERJAYA MENJEJAKKAN KAKI KE DALAM CAFE KESAYANGAN ALIA IAITU KAMONG CAFE!

Tapi my internal body spoil betul, masuk je cafe terus tanya toilet kat mana. Dah settle kan apa yg patut, masuk cafe, Amie cakap kakak ipar dah ada kat dalam. Dalam hati, jangan cakap nervous dia kalah nak jawab final wey! Aku ajak Sabrina temankan order kat kaunter, dan aku pilih menu banana for waffle and banana for beverage, Kamong signature, Jongin's favourite! Sempat jugaklah menjeling ke akak ipar. Alahai cantiknya.

Sesungguh aku makan waffle dengan minum shakes dia. Sedap memang sedap. Kesayangan buat semua rasa sedap HEHEHEHEHEHE. Tapi akak dia masuk kerja kejap aje lepas tu dia keluar naik taxi entah ke mana, tak sempat nak tanya LOL. Yg pasti disebabkan menu Kamong, sembelit aku terus pulih! Hebat tak hebat penangan cinta bertepuk sebelah tangan ni HAHAHAHAHAHA.

Dengan berat hati melangkah keluar. Entah bila lagi boleh jejakkan lagi ke cafe ni *sebak*. Teruk betul penangan Kim Jongin.

ITS SHOPPING TIME. WEY MENGGILA WEY SHOPPING SEBAB DUIT TAK LUAK EVEN ESOKNYA DAH NAK BALIK. Padahal banyak je kami keluar duit. Aku pun musykil. Semua orang tengok tangan kami semua sarat dengan barang. Aku kesiankan Shahrul. Dialah translator dan dialah jugak pengangkut barang-barang kami. Tapi dah balik Malaysia baru perasan, barang aku dua tiga ketui je. Barang orang lain yg berlambak. Takpa......

Makan malam di Busan jjang eh? Aku lupa nama penuh dia tapi yg pasti depan tu ada Busan. Area Myeondeong jugak. Mak aih, sedapnya ya Allah. Aku sepanjang kat Korea ni, elok tak makan Kimchi, berdas-das jugaklah aku tibai Kimchi kat Korea ni. Sedappppp sungguh! Ajumma dia comel. Sesungguh dia belajar bahasa Melayu.

By the way, saya bukan penggemar Banana Uuyu. HUHUHUHU

Time balik ni paling tak best. Sebab kena berpisah dengan Shahrul HAHAHAHAHAHAHA WEY SEBAK WEY SEBENARNYA DAH NAK TERMENGALIR AIR MATA NI WAKTU TENGOK SHAHRUL TURUN TANGGA SUBWAY. Macam hantar anak pergi belajar jauh. Banyak sangat Shahrul tolong kami dari kat Malaysia lagi sebelum dan semasa pergi Korea.

Dapatlah juga kamj bekalkan bekalan stok setahun maggi dan nasi himpit serta ikan bilis utk Shahrul LOL.

Balik Bong, bergaduh time nak packing barang. Sebab time membeli, main tarik je so bila nak sort out tak tahu siapa punya sebab dah hilang ingatan.

Sejarah Alia ke Korea bersama rakan-rakannya hampir ke penghujungnya...




















Comments

Popular posts from this blog

Episod 1 - Kasih di Bumi China

Episod 10 - Kasih di Bumi China

Episod 3 - Kasih di Bumi China