Kembara Alia ke Seoul - Hari Kedua

Hari kedua bersamaan 20 Februari 2017.

Bersemangat waja kami bangun awal pagi semata nak mulakan pengembaran kpop kami. Bangun pagi, macam mandi P.Ramlee, air panas ada cuma kau kena belajar atpa itu kesabaran, menunggu air panas utk keluar. Buat sarapan dan bekalan utk perjalanan seharian (jimat selagi boleh jimat). Pagi itu, suhu negatif menjemput kami. Excited asap keluar dr mulut (hari pertama je excited, percayalah), siap rakam segala, konon memori itu harus dirakam momennya. Gitu!

Melawat Cube Entertainment, 20 Space Cafe, COEX SM, SM Stardium (tapi badluck sebab dah tutup by the time kami sampai).

First time berkejaran naik subway pepagi waktu kemuncak, pergh, padat dia, kalah KTM, sungguh. Tapi bagusnya Korea ni, padat macam mana pun, dorang tahu beratur, ikut giliran, semua tempat, bukan kat subway sahaja. Sebab konsep dorang, you lambat ke cepat ke, you still dapat naik or masuk.

Memula naik subway terhuyung hayang jugaklah aku nak balance kan badan since nak pegang palang, palang sedikit, penumpang pula ramai. Satu lagi culture kat Korea, tempat duduk utk orang tua, orang kurang upaya, ibu mengandung, JANGAN DUDUK, kalau tak nak kena pandang sinis oleh mereka. Oh lagi satu, budaya kita, kalau ada orang tua, kita sedaya upaya suruh dia duduk, takut dia penat ke apa ke kan? Tapi berbeza kat Korea, dorang tak nak duduk sebab dorang rasa dorang mampu dan tak perlukan bantuan orang lain. Sampaikan kengkadang macam bergaduh pun ada jugak sebab kami paksa dorang duduk jugak HAHAHAHAHA. Bebudak muda Korea relax buat tak tahu sahaja. Rasa macam kurang ajar dan ignorant tapi itu budaya mereka HAIP!

Tapi ada sahaja keadaan di mana, ajumma (makcik) dr luar subway dah campak beg dia aim kat seat yg dia nak duduk. Kau jangan terkejut. Itu normal bagi mereka HAHAHAHAHAHA.

Duduk di Korea, serba serbi teknologi. Semua di hujung jari. Sebelum ke korea, make sure korang download dulu Subway Application dan Bus Application, semua punctual. Jangan rasa pelik kalau nampak ada orang berlari seperti Dash (ikutkan logik macam mana dorang boleh tahu atau dengar subway dah sampai ke belum), sebab dalam application itu semua dah ada masa ketibaan dan perlepasan. So tak ada alasan kau utk lambat.

Malam itu, beranikan diri utk keluar naik subway tanpa guide dari Shahrul, asalnya nak makan kat Sinchon (ala, ikan bakar famous tu), tapi disebabkan takburnya sifat dalam diri, tersesat sampai ke Tukseom. Line 2 dah betul dah cuma salah arah. Kau kena pandai baca sebelum naik, tengok direction di ke mana. Konsep dia sama dengan train sini cuma sini ada dua line sahaja. Di korea ada lebih daripada 10 line. Disebabkan sesat, kami buang masa hampir setengah jam, maka tempat makan berubah ke Hongdae. Makan kebab~

Nasib tak baik lagi sebab malam tu tak ada jamming langsung, mungkin suhu sejuk sangat. Dan, bermulalah adengan yg memalukan...

Sungguh mata aku nampak S.Coups Seventeen. So macam orang gila aku mengejar dia dan 2 lagi rakannya. Ramai juga mata menengok tapi apa aku kisah asalkan aku dapat jumpa S.Coups. Dan harapan tinggal harapan, hanya pelanduk dua serupa..... Kemudian kami lepak di Sulbing utk makan Bingsu Manggo Nuts dan Toast Bread Double Cheese. Aku hantu Cheese so aku suggest korang order menu ini. HIHIHIHI. Ya, musim sejuk makan makanan sejuk lagi feel sebenarnya. Tapi lepas tu merana lah suara tak ada.

Oh, lagi satu culture di Korea. Jangan pelik kalau tetiba ada stranger lentok kepala di bahu kau di dalam subway. Ataupun ada orang tidur terkangkang dalam subway. Ya, orang mabuk. Dan aku yg terkena. Sedang elok je dia lentok kat bahu aku. Bau dia jangan cakaplah. Orang cakap macam bau tuak, tapi bagi aku macam bau nasi basi yg hangit. Eh, entahlah yg pasti aku tak suka bau soju. Aku bukan apa, aku takut dia muntah kat aku aje. So aku terus bangun then berdiri.

Area guesthouse kami tu ramai budak muda so pemandangan orang mabuk sana sini itu biasa. Kalau takut, jangan balik lewat malam ya! Tapi aku tak percaya kau nak balik awal HAHAHAHAHAHA.

Culture dorang, kalau balik kerja awal dicop pemalas, so lepas habis waktu kerja, dorang akan habiskan masa utk minum sampai mabuk.

LAGI SATU. Kau jangan pelik kalau celik je mata kau nampak ada couple kiss sana sini. Lelama aku naik muak sebab publicly showing off your intimate relationship. Aku stress! HAHAHAHAHAHAHA. So aku dah faham kenapa drama korea banyak yg tangkap sweet kencing manis teruk. Sebab memang culture dorang macam tu. Tengok drama bolehlah kau kata sweet, tapi tengok in real life, aku menyampah. Sungguh HAHAHAHAHAHAHAHA. Nak bercakap pun kalau boleh muka dua jadi satu muka je dia punya dekat tu. Okay, aku stress balik bila fikirkan. SUDAH!






























Comments

Popular posts from this blog

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 3 - Persiapan)

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 2 - Madinah)

Titian Menuju Kedamaian (Bahagian 1 - Mekah)