Posts

Showing posts from September, 2024

Episod 3 - Alia Jejak China Kesekian Kalinya

14 September 2024 Kami check out lagi untuk pulang ke pusat bandar Guilin. Hari ini kami ke institut/ladang teh. China memang terkenal dengan teh. Pemberian teh kepada tetamu/sahabat/orang luar adalah satu kewajipan bagi mereka. Tahap kemesraan/keakraban pula bergantung kepada kualiti teh yang diberikan. Bak kata Jack, tourguide di Ladang Teh ini, kalau awak tak suka orang itu, awak beri teh yang kurang kualitinya. Orang itu akan sedar diri. Huhu. Ladang Teh ini sangatlah sesuai untuk dijadikan tempat anda kumpulkan konten ya. Sangat cantik. Topi yang sepatutnya dijadikan tempat letak daun teh pun boleh tibai jadi topi. Aku rasa macam di Dalat pun ada juga hahahahahaha. Nasib baiklah Jack punya bahasa Inggeris sangat fluent. Kelakar juga dia ini. Nasiblah boleh layan loyar buruk aku yang "not yet" selalunya bila dia tanya ada soalan ke. Sampai ke sudah "not yet" aku itu. Sebenarnya aku sebersalah bila tiada yang respon dia. So first thing yang datang ke kepala aku a

Episod 2 - Alia Jejak China Kesekian Kalinya

13 September 2024 Misi aku dengan Amie memang nak rekod sebanyak-banyaknya video dan gambar supaya boleh jadi konten dan simpanan. Dan salah satu sebab aku play along, aku tak tahu bila lagi aku ada peluang begini dengan Amie.  Okay back to story. Guilin panas bak hang. Aku tak tahulah nak gelak ke nak menangis. Aku yang hanya punya tulang belulang ini sampai ke tulang panas dia, macam manalah group members aku yang lain-lain. Kipas angin dipegang pun seperti tiada fungsi! Tapi aku tengok penduduk Guilin aman damai tenang sahaja ya... Oh ya! Tourguide kami comel! Nama dia Kathrine. Comel sangat, macam mak-mak lembut dia. Kathrine suka menyanyi. Dia kata penduduk di Guilin majority suka menyanyi. Pekerjaan utama penduduk di Guilin adalah petani, nelayan dan penternak. Kami check out untuk check in hotel di Yangshou, 60km dari pusat bandar Guilin, kira-kira 2 jam perjalanan. Sebab dekat dengan tempat yang kami nak pergi untuk destinasi lawatan seterusnya. Pagi Jumaat, kami dibawa ke Masj

Episod 1 - Alia Jejak China Kesekian Kalinya

11 September 2024 Alia dan China berpisah tiada. Nak kata taksub tidaklah. Tapi aku senang nak tangkap, hafal dan faham apa-apa yang berkaitan dengan China, lebih-lebih lagi sejarah mereka. Sememangnya aku memang suka sejarah, lagilah aku rasa dekat dengan China. Masuk kali ini, alhamdulillah, 3 kali aku dah jejak ke China, 6 bandar yang berbeza. 3 kali ini masing-masing bawa pengalaman yang berbeza, cerita yang berbeza, perasaan yang berbeza. Ah, Alia rindu. Percutian aku ke China kali ini 6 hari 4 malam (12 September 2024 - 17 September 2024), Guilin Guangzhou. Sesungguhnya aku masih bekerja sedangkan esok pagi nak fly sudah. Maka, persiapan aku hanyalah 50% sahaja yang settled. Balik sahaja dari ofis, bergegas aku kemaskan itu ini. Tak banyak pun nak kemaskan sebenarnya sebab barang-barang ke China tempoh hari aku tak keluarkan sangat dari luggage. Cuma perlu rearrange semula. Officemate aku dah pesan, bawa t-shirt sahaja since dia dah banyak kali pergi Guilin, dia kata sangat panas

Intro Alia Jejak China Kesekian Kalinya

"Alia busy kalahkan menteri." Ini yang aku selalu dapat dari orang sekeliling. Aku sangat payah nak bercuti dan dapat cuti. Kalau cuti pun, aku akan mengadap inbox. Maka kali ini, Alia buat kerja gila. Asalnya nak pergi Xinjiang tapi sebab tak banyak agent yang cover area situ. Semuanya bermula Februari 2024. Iya saya, tahun ini. Long short story, kami bayar deposit dan proceed untuk seterusnya. Ke manakah Alia dan Amie? Ke Guangzhou dan Guilin. Okay lah sebab Guangzhou is one of my wishlists. Jem juga ya bila bulan Jun hari itu kena pergi outstation ke China. Tapi Alia dah nekad. Alia nak juga pergi China untuk BERCUTI! Aku berharap tapi tak berharap sangatlah sebab dah ada pengalaman hampir 2 minggu di China, semuanya indah-indah sahaja. Tapi...... Okay, kali ini aku tak tahu berapa episod, berapa entri untuk cerita kali ini. Mana yang aku ingat, aku tulis tau! Get ready semua!

Percaya Manusia? Jangan

Percaya manusia? Jangan. Nak bangun semula, kutip sisa yang ada. Susah.